Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Keluarga Liza Hanim Terkini

Rabu, 31 Julai 2013

Last berita dari Liza Hanim apabila dia dikhabarkan selamat melahirkan anaknya yang ke-3 akhir tahun 2011 yang lalu. Dua anaknya lagi perempuan dan yang ke-3 ini lelaki. Tidak tahu ketiga-tiga nama anaknya ini, harap-harap sihat sejahtera. :)

8 Gambar Yana Samsuddin Berniaga

Lama sudah tidak melihat kelibat selebriti cantik ni, Yana Samsuddin kan. Apa cerita dia sekarang ni ek, macam tiada gosip yang melanda dirinya. Bagus seperti itu, dapat menghindari gosip pada dirinya.

Kalau lihat Instagram miliknya, yanasamsudin# , dia tengah sibuk urus perniagaan kecil-kecilannya sempena nak menjelang Raya nanti, jual biskut/kuih kering gitu, dinamakanYana Super Cookish. Dengarnya sampai orang Brunei pun jadi pelanggannya. Wah baguslah, ada bakat juga Yana ni buat kuih-kuih, untung siapa suami dia nanti. Shaheizy Sam kot, hehe.

Farid Kamil Alihkan Pandangan?

Aiseh Farid Kamil disahkan masih lagi sakit akibat dek kemalangannya ketika bulan Jun yang lalu dimana dia terjatuh ketika menunggang motorsikal mini model Kawasaki di sebuah litar sekitar Subang Jaya.

Akibat daripada musibah ini, maka drama Jodoh Itu Milik Kita terpaksa ditangguhkan beberapa kali sesi pengambaraannya. Menurut laman mStar, pengarah drama, Jamal Khan, dia terpaksa menunda babak ringan yang ada kelibat Farid, tapi babak berat semua sudah berjalan dengan lancar.

Gambar Sekitar Majlis Harijadi Suami Fasha Sandha

Gambar dibawah adalah beberapa keping gambar ketika Fasha Sandha, anaknya, Rayfal dan juga keluarga dari suaminya, Jejai menyambut majlis kelahiran Jejai yang ke-37 baru-baru ini. Kelihatan juga anak Nora Danish, yang sam-sama menyambut harjiadi papa nya Rayqal.

Tidak kelihatan Nora Danish. Hehe. -gambar facebook.com/welovefs

Lagi 4 Gambar Perknikahan Ras Adiba

Semalam anda sudah melihat dan membaca secara details mengenai perkahwinan pengacara tv, Ras Adiba Radzi dengan pasangannya, Ilias Yaakop yang juga bekas rakan sekelasnya dahulu di bangku sekolah menengah. Walaupun sekeping, tapi kali ini ada beberapa keping gambar perkahwinan berkenaan. Jom lihat, ayuu juga melihat Ras Adiba ni kan. :)

3 Video Terbaru anak Tomok, Arrianshah Akid

Selasa, 30 Julai 2013

Comel dan sentiasa mendapat perhatian anak Tomok ni, Arrianshah Akid. Dan kebanyakkan Tomok kongsikan kepada peminatnya mengenai perkembangan anaknya ini melalui laman sosial KEEK.

Dan pastinya ramai peminat yang mahu melihat gelagat anaknya ini kan. Jom lihat 3 video terbaru dari Tomok mengenai anaknya ini.








Ngeri! Shukri Tertikam Tangan Sendiri

Ha jangan tengok jika rasa tak tahan tengok dara atau luka-luka. Ni dikhabarkan pelakon Shukri Yahaya yang juga pelakon untuk drama Menjinak Ombak bergandingan dengan Talha Harith dan Alex Yanz, mengalami kemalangan ketika berlakon untuk drama itu.

Paling tidak diduga Shukri tertikam tangannya sendiri dengan pisau dan mengakui ianya kesilapan dirinya. (Pelik juga, berlakon pun kena pakai pisau betul ek, pakai lah pisau palsu, dah terhantuk baru mengada-gada.Lagi pula pisau apa sampai memanjang seperti batang tu. Hehe)

Shukri akan menjalani pembedahan awal pagi tadi, dan berehat selama 3 hari di hospital Selayang. Ini komen Shukri memetik portal MediaHiburan semalam. Syukurlah tiada apa-apa yang serius terjadi. Semoga cepat sembuh. =)
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," -Shukri

Anak Eizlan, Vie Seusia 2 minggu

Vie Shantie isteri kepada Datuk Eizlan Yusof yang melahirkan anak ke-3 mereka, Vie Zaalia pada 14 haribulan Julai yang lalu, kini dah berusia 2 minggu.

Yang menariknya pasti dengan ketibaan cahaya mata ke-3 ni, membuatkan suasana berbuka dan bersahur keluarga Eizlan pastinya menarik sekali.

Pastinya anak kecil ini akan menjadi perhatian ketika Hari Raya nanti. :) Instagram EizlanYusof, VieShantie


Ibu Mertua Perlu Jumpa Farid Kamil Lihat Cucu!

Amboi-amboi ada syarat dan kelas gitu oleh Farid Kamil kepada ibu mertuanya, Norsiah Ramli (gambar) yang juga ibu kepada Diana Danielle dengan mengatakan ada syarat jika mahu berjumpa dengan cucunya sendiri.

Hal ini disebabkan Farid merisaukan keselamatan anaknya dan juga isterinya, Diana. Ini adalah komen Farid memetik portal mStar semalam.

Ras Adiba Radzi Selamat Menjadi Isteri

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pembaca berita NTV7, Ras Adiba Radzi yang selamat diijab kabulkan oleh suaminya, Ilias Yaakop pada hari Sabtu, 27 Julai yang lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar mengikut sumber.

Gambar Anak Siti Sairah Edisi Julai

Isnin, 29 Julai 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada penyanyi, Siti Sairah yang kedua-duanya perempuan berusia dua tahun lebih, Umai dan seorang lagi lelaki berusia setahun lebih. Siti Sairah kini juga sedang hamil anak ke-3. Jom lihat gambar perkembangan mereka yang terkini ini. -Instagram sairahtarudin

Gambar Anak Jimmy Shanley Edisi Julai

Dah besar dah anak Jimmy Shanley ni, Zahrah Rania Shanley yang berusia dua tahun lebih. Walaupun Jimmy dan Suhaila telah berpisah selama 8 bulan, namun kasih sayang Jimmy kepada anaknya itu tidak pernah pudar bahkan semakin hari semakin sayang gitue. Tapi tidak dipastikan Zahrah kini dalam penjagaan Jimmy atau Suhaila, rasanya Suhaila. -Twitter MrJimmyShanley

Gambar Erra Fazira Masa Kecil Dengan Engku Aleesya


Dua menjak ni bersempena ramadan, sekali mengemas kini data di laman sosial Instagram miliknya. Tidak tahu kenapa, mungkin dek kerana kesibukan atau seangkatan dengannya kot.

Sebab iya la kan, selalunya Erra kemaskini Instagram dia walau sesibuk mana juga, tapi tak tahu kenapa sudah jarang masa ini. Kali terakhir pun melihat kelibat Erra ketika majlis berbuka puasa Astro 2013 yang lalu.

Yang terakhir dia post mengenai anaknya yang comel tu, Engku Aleesya adalah perbandingan Erra ketika kecil dengan Alessya ketika ini. Gambar memang sweet sebab kedua-duanya mengenakan speak yang kelihatan hampir serupa.

errafazira# Mana tidak tumpahnya bolognese kalau bukan ke spaghetti



Nadem Datuk Seri Nazri Lelaki Idaman Ku - Nora Danish

Dalam diam pelakon janda anak satu, Nora Danish kini sedang mengenali dan berkawan rapat dengan seorang jejaka yang juga anak kepada pak Menteri iaitu Mohammad Nadem Nazri bin Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

Bagi Nora, Nadem merupakan seorang jejaka yang telah memenuhi karekteria pasangan hidup yang sesuai buat dirinya. Namun menegaskan yang dia dan Nadem belum lagi sampai ke tahap bercinta dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Kami Masih Lagi Bertunang - Elly Mazlein

Kisah hidup dan pertunangan Elly Mazlien dengan Azmi Hatta yang diikat selama 2 tahun itu masih lagi menjadi misteri. Kemungkinan besar mereka akan menamatkan zaman pertunangan itu tidak lama lagi.

Namun spikulasi mengenainya masih juga samar-samar dimana Elly masih enggan memberikan sebarang komen apa jua sekalipun. Dan sekaligus memberikan tanggapan yang mereka sudah pasti putus tunang.

Memetik lagi portal Utusan semalam, Elly tidak berani untuk memberitahu secara details mengenai situasinya ketika ini. Tidak pasti kenapa Elly bersikap seperti ini. Apa-apa pun berbahagialah dengan dirimu.

Siti NurSaida Kini Bertudung (Gambar)

Ahad, 28 Julai 2013

Dalam keberkataan bulan Suci Ramadan yang sudah memasuki fasa ke-3 iaitu 10 hari terakhir, kita diberikan satu kejutan dimana kakak kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti NurSaida Tarudin dikhabarkan sudah memakai tudung sepenuhnya pada dirinya.

Gambar Anak Kembar Aleya! Dah Ada Kekasih!

Sabtu, 27 Julai 2013

Dalam tak disangka dah 5 bulan pelakon dan deejay Hot Fm, Sharifah Aleya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Ashraf. Kini perkembangan terbaharu Aleya dengan anak kembar mereka, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia 4 tahun mendapati yang Aleya sudah ada kekasih dan kemungkinan bakal calon suaminya nanti.

Namun mengikut laporan Kosmo! itu, Aleya enggan mendedahkan siapa lelaki itu. Tapi tidak menafikan yang lelaki berkenaan sudah berjumpa keluarga Aleya. Apa-apa pun baguslah juga kan, sepertinya belum ada setahun berpisah, Aleya sudah menemui penganti bekas suaminya.

Apa-apa pun semoga dipercepatkan proses pernikahannya nanti. :)


Apa Khabar Suami Isteri, Abby dan Farhan? (gambar)

Sudah 18 hari menyelami bahtera rumahtangga, bekas pelakon, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan kini cukup bahagia sekali. Abby pun rajin memuatnaik gambar dia dengan suaminya di dalam laman sosial Instagram.

Gambar Edisi Julai Anak Nabila Huda

Jumaat, 26 Julai 2013

Wah dah tip top usia Kiesha anak kepada Nabila Huda kini dah mencecah 3 tahun. Hidup bersama ibunya pastinya sangat memahami keadaan ibunya yang sudah lama berpisah dengan ayahnya. Semoga Ramadan ini dan Aidilfitri nanti membuatkan kebahagian untuk Kiesha yang comel ini. -Instagram Kupu_kupu

Ibur Mertua Larang Betty Banafe Berpuasa! (gambar)

Orang kalau dah berbadan dua, agak sukar untuk berpuasa apatah lagi kepentingan menjaga anak dalam kandungan. Betty Banafe yang kini hamil/mengandung berusia 4 bulan hasil perkahwinannya dengan Bruce Darghous (kacukan British/Lebanon) pada 8 Disember 2012 lalu mengakui yang dia tidak berpuasa kerana mahu menjaga kesihatan anaknya itu.

Cantik! Uqasha & Nelydia Berbaju Pengantin

Dua pelakon yang semakin dikenali ramai, Uqasha dan Nelydia Senrose kini digabungkan/digandingkan bersama untuk sebuah majalah edisi terkini bersempena ulangtahun ke-12 majalah Pengantin.

Panas! Rabecca Saman Erma Fatima.

Memetik portal Kosmo! yang pelakon, Rabecca Nur al Islam telah menyaman pengarah, Erma Fatima atas nama milik syarikatnya,  Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kes saman ini adalah sebenarnya berlaku kerana dakwaan Rabecca yang syarikat Erma itu gagal membayar baki gaji 40% bagi drama Dejavu di Kinabalu.

Ashraf Muslim Buka Mulut Isu Poligami

Tak mahu ulas panjang, maka sudah ramai yang mengetahui isu Ashraf Muslim berpoligami baru-baru ini, dan ini komen dari Ashraf sendiri memetik portal Gua semalam bersempena sidang media di Medan Mara Kuala Lumpur petang semalam.

Gambar Siti Nurhaliza v6

Khamis, 25 Julai 2013

Datuk Siti Nurhaliza diantara selebriti yang kerap dan selalu mengemaskini gambar terkininya di dalam Instagram. Kalau tidak silap, setiap hari ada je gambar baharu dia muatnaik. Tapi semua gambarnya memang cantik-cantik belaka, besalah dah bertudung kan. :) instagram ctdk

Rahsia Kecantikan, Bentuk Badan Rozita Che Wan

Kalau lihat Rozita Che Wan atau Che Ta ni memang semua orang akan terpesona mengenai kecantikan rupanya dan juga bentuk badannya slim. Biasalah selebriti, pasti ada tips dan rahsia dalam menjaga semua perkara ini untuk memastikan peminat hiburan tempatan tidak akan bosan tanpa melihat perubahan pada selebriti tu.

Gambar Terkini Haliza Misbun

Lama sudah tidak melihat pelakon Haliza Misbun kan. Dia jarang sudah berlakon atau menerbitkan filem/drama selepas filem Andart Terlampau 21 Hari Mencari Cinta. Menurut blog RotiKaya dia kini sibuk untuk menerbitkan novel hasil tulisannya sendiri. Dengar khabar lain dia juga sudah bersedia untuk membina rumahtangga dengan usianya kini mencecah 40 tahun.

Sokong Blogger Seks, Sazzy Salak Menafikan

Isu penghinaan Islam oleh blogger seks beberapa hari yang lalu, Alvin dan Vivian dengan menyebarkan foto sensitif yang mengandungi unsur makanan haram (khinzir) telah menimbulkan satu isu hangat yang diperkatakan. Khabarnya kini mereka sudah dalam proses untuk dipenjarakan, syukurlah kan.

Namun ada juga khabarnya selebriti tempatan menyokong tindakan Alvin dan Vivian ini. Ini bermula laman Facebook milik Sazzy Falak telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan itu.

Tahniah! Pernikahan Hattan, Ariane (Gambar)

Komposer terkenal, Dauk Hattan semalam, 24 Julai, sudah selamat dinikahkan paa jam 6 petang dengan bekas isteri pertamanya, Ariane dengan 2 kali lafaz. Begitulah jodoh, mereka berpisah pada 2005 yang lalu setelah mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kini sah bergelar suami isteri semula dimana ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Amaran, Bobo Bakal Di Belasah!

Rabu, 24 Julai 2013

Kasihan Bobo artis dari laman sosial ni sampai dia terima ugutan mahu kena belasah sampai tahap tidak berperikemanusian gitu kerana dek video prodi-prodinya di dalam Youtube mahupun Facebook.

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.

Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo

Gambar Anak Adi Putra Terkini


Dah besar gitu ko jah anak angkat Adi Putra, Zara Adelia Haadi. Usianya kini dah nak masuk 10 bulan. Dan kelihatan bersama ibunya ketika membuat medical checkup baru-baru ini. -Instagram adp_adiputra


Adira Nafi Jadi PlayGirl

Sudah banyak kita dengan kisah percintaan selebriti dengan beberapa orang pilihan dirinya. Tidak ketinggalan Adira bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-8.

Bila sudah habis program realiti itu, Adira sepertinya menjadi rebutan dan dambaan ramai lelaki, apa tidaknya kulitnya yang melepak putih, pastinya mengalahkan orang putih dari Amareka, hehe.

Neelofa, Tiz Zaqyah Hiasi Majalah Astro


Siapa ada melanggan majalah Astro pasti ada menampak kelibat dua selebriti cantik yang menghiasi muka hadapan majalah berkenaan.

Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah dan Neelofa. Pastinya kedua-duanya memang anggun dengan rambut ikal mayang rebonding gitu.

Memang padan apatah lagi edisi majalah itu untuk AidilFitri nanti.


Pekin, Uqasha Sudah Bertunang

Dalam tidak disangka, Pelakon, Pekin dan kekasihnya, Uqasha Senrose dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang mereka telah betunang pada awal bulan ini atau bersamaan sebelum bulan Ramadan.

Namun tarikh sebenar pertunangan itu tidak didedahkan, cukup sekadar pemberitahuan secara ringkas. Apa-apa pun tahniah, semoga ke jinjang pelamin.
"Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini" -Pekin

Gambar Anak Nora Danish, Rayqal Terkini

Selasa, 23 Julai 2013

Anak pelakon Nora Danish, Rayqal nampaknya sudah berusia 4 tahun lebih dan mahu masuk 5 tahun tidak lama lagi. Lihat gaya Rayqal ni sepertinya nampak cool dan memperlihatkan anak yang berjiwa matang.

Baru-baru ini Rayqal dan ibu serta neneknya pergi keluar berjalan. Dengan berpakaian bersahaja, Rayqal sempat bergambar dengan neneknya, bahkan muka mereka memang mirip betul.

Apa-apa pun tahun depan dah nak masuk tabika dah. jadi Nora taknak kahwin lagi ker, macam Abby Abadi tu. Hehe.

Gambar Terkini Anak Eira, Azad

Dah besar panjang dah anak pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin ni, walaupun sudah berusia7 bulan, Amarra Sofea Rose kelihatan sangat comel sekali, tidak tahu berapa berat badannya ini, mungkin dalam 9-10 kilogram kot. Gambar Instagram Eira.

Kereta Ainan Tasneem Kemalangan

Diberitakan yang kereta Perodua model Myvi milik penyanyi, Ainan Tasneem terbabas dan mengakibatkan kerosakan teruk pada keretanya itu baru-baru ini.

Melihat daripada posisi kereta itu, tayar depan patah dan bumper belakang remuk tahap kritikal. Diharaplah Ainan Tasneem tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.


Calon Isteri Fahrin: Muslimah Tapi Hot!

Agak keliru dan sepertinya ada udang disebalik mee. Fahrin yang ditemu ramah oleh wartawan Utusan baru-baru ini ada menyoalkan mengenai jodohnya dengan usianya kini menjangkau 34 tahun.

Dengan usia sebegitu Fahrin masih lagi single dan sukar bagi dirinya untuk mencari calon kerana terlalu sibuk. Dan memaksanya untuk menerima hakikat berbuka dan bersahur berseorangan ketika ini.

Dan ini artikel yang tidak tahu apa maksud sebenar Fahrin. Mungkin hot yang dimaksudkan bukanlah yang sendat-sendat dari segi pemakaian kot, tapi yang hot dari segi agama dan ilmu
Utusan: Wanita bagaimana yang menjadi dambaan Fahrin?
Fahrin: Muslimah tapi hot.

Isu Insurans Suara, Fara Fauzana Minta Semua Tenang!

Isu peng-insurans suara oleh deejay, Fara Fauzana minggu lalu telah membuatkan ramai pihak rasa terkejut dan tidak menyangka keputusan yang dibuat Fara begitu mementingkan dirinya.

Namun bagi Fara memetik portal BeritaHarian semalam, dia berbuat demikian kerana ada sebab tertentu kerana ianya dianggap penting untuk menjamin masa depan kesihatannya kelak. Jadi dia berharap orang ramai tidak perlu kecoh dan heboh untuk isu seperti ini.

Gambar Anak Nabil Terkini

Isnin, 22 Julai 2013


Nah ini lah dia gambar anak terkini pelawak Ahmad Nabil, Naira Mikayla. Siap dikasihkan rambut grebo ala Allycats gitu. Jahat juga papa dia ni kan. Hhee.


Video Lawak Promosi Dari Zizan Razak

Zizan Razak ni memang sudah terkenal dan rezekinya melimpah ruah gitu, banyakmenerima tawaran berakon untuk filem/drama dan juga duta pelbagai produk barangan terkenal.

Terbaru dia menjadi duta rasmi untuk produk elektronik Sony Malaysia. Siap ada iklan sepanjang 3 minit gitu menjadi salesman bernama Zanzi (nama macam pernah dengar yang dekat Lawak Ker Der 1 kan), lihat mukanya sahaja nampak lucu dengan teknik mempromosikan barangan terbaru dari Sony.

Lawak la video ni. Kah kah.


Zul Ucap Tahniah, Abby & Suami Sibuk Berkempen


Bekas kekasih kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Zul Ariffin sudah mengucapkan ucapan tahniah diatas perkahwinan Abby dengan suaminya, Farhan baru-baru ini.

Memetik portal MediaHiburan:
"Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga," -Zul
Sementara itu, dari sumber lainnya, Abby dan suaminya, Farhan kini sibuk berkempen untuk PRK Dun Kuala Besut yang diadakan tidak lama lagi iaitu hari Rabu, 24 Jula dengan mengajak orang ramai menyokong parti PAS.

Tambahan lagi, suami Abby ini lebih dikenali sebagai 'Orang Jamaah', tidak pasti Jamaah apa ini, tapi mungkin lebih kepada Islamik kot dan bukannya radikal.

Harap-harap begitulah kisahnya.

Ashraf Tidak Datang Forum Sebab Demam

Lagi berita mengenai Ashraf Muslim, kali ini diberitakan memetik portal BeritaHarian semalam, yang dia tidak dapat hadir ke satu majlis forum anjuran Busana Mall Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan sebelum ini dengan alasan demam melalui panggilan telefon kepada penganjur.

Tambahan lagi, untuk forum itu, Ashraf menjadi panel jemputan bersama Sham Kamikaze dan beberapa lagi tokoh muda yang dijemput.

Tidak tahu demam ini benar atau tidak, ker malu atau takut dicemuh orang ramai? gara-gara menikah satu lagi secara senyap-senyap. Tak pun pergi honeymoon kot, hehe..

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim, Sakinah

Inilah gambar/foto yang tersebar semalam yang dikatakan gambar pernikahan diantara Ashraf Muslim, 32 tahun dengan isteri ke-2 nya, Wan Sakinah, 29 tahun di Bangkok, Thailand pada minggu yang lalu.

Kisah ini menjadi hangat sehinggakan ramai pihak menghentam Ashraf dan bersimpati dengan Dayana isteri pertama Ashraf. Apa-apa pun kita tunggu apa hikmah disebalik semua ini.