Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amy Search Kena Sakit Jantung?

Ahad, 30 Jun 2013

Dikhabarkan raja Rock Negara, Amy Search dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. Menurut sumber Amy Search ke sana bukan kerana dia menghidap penyakit sakit jantung, tapi hanyalah untuk membuat pemeriksaan jantungnya.

Tambahan lagi setelah di periksa oleh doktor dan para pembantunya, Amy disahkan bebas dari penyakit jantung. Syukurlah kalau macam itu. :) -gambar Instagram Amy Search


Bila Daphne Iking Jumpa Aishwarya Rai

Sabtu, 29 Jun 2013

Minggu lalu, pengacara dan model, Daphne Iking telah menemu ramah artis terkenal Bollywood, Aishwarya Rai. Daphne dan Rai bersama-sama dalam satu rancangan tv terbitan NTV7, Bella yang akan ke disiarkan tidak lama lagi.

Daphne terasa kagum dengan kecantikan Rai yang pertama kalinya dilihat secara berdepan dengan pelakon terkenal di seluruh dunia itu. -Instagram #daphneiking


Benjy Tumbuk Kepala Jurufoto

Apalah si benjy ni, dah ditahan baru-baru ni untuk kali ke-2 selepas tahun 2010, [SINI] katanya melalui portal Utusan, dia buat hal sedikit ketika berada di sekitar mahkamah.

Kerana dek malu kot, Benjy mengasari wartawan dari mengambil gambarnya yang di tangkap dekat Mahkamah Majistret Ampang.

Tambahan lagi, Benjy kelihatan marah lalu menumbuk kepala seorang jurufoto dan menepis beberapa jurufoto yang lainnya.


Gambar Anak Aqasha Terkini

Jumaat, 28 Jun 2013

Anak-anak kepada pelakon Aqasha dah semakin membesar dah. Yang sulung, Alehandara Ahmad Firdiee dan yang bongsu, Alaena Ayesha yang dah nak usia setahun.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Aaron Aziz Pernah Jadi Real Gangster di Singapura

Jangan tidak disangka, kehidupan lalu pelakon Aaron Aziz sebelum bergelar anak seni sebenarnya pernah terjebak dengan kumpulan gangster di sekitar Singapura.

Hakikat sebenar ini bukanlah lakonan, tapi betul-betul terjadi. Sehinggakan Aaron pernah dicop sebagai lelaki ganas dan ditakuti ramai menurut portal mStar.
"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," -Aaron Aziz.
Lebih lanjut tonton E! Special: Aaron Aziz pada 7 Julai 2013 menerusi saluran Astro, 712 untuk mengetahui 30% rahsia pribadi Aaron Aziz.

Anak Irma Hasmie Seusia 2 Bulan

Perkembangan anak Irma Hasmie kini sudah mencecah usia 2 bulan dengan berat nak 7 kilogram. Redza Syah Irfhan  kini dah dibawa kemana-mana sahaja dan syukurlah, Irfhan kini sihat walafiat sahaja.  -instagram.com/RedzaSyahAzmeer 


Benjy Ditahan Kerana Ambil Syabu

Kecoh semalam di kaca TV apabila seorang pelakon di tangkap atau ditahan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, kalau dalam bahasa ringkasnya mengambil dadah.

Sumber daripada portal GUA mengatakan pelakon itu adalah Khaeryyl Benjamin atau Benjy. Dia ditahan semalam jam 12 tengahari di kondominium Bukit Antarabangsa.

Ketika serbuan/penagkapan, tidak ditemui dadah namun air kencing Benjy disahkan positif dadah jenis syabu. Kini Benjy ditahan bagi siasatan lanjut.

Apa lah Benjy ni, emak dia seniwati Azean Irdawaty yang kini sakit, sempat lagi Benjy ambil benda-benda haram ni. Insaflah!

Nama Anak Zahiril, Shera

Berita kelahiran cahaya mata sulung selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob pada 19 Jun 2013 lalu kini dikhabarkan sudah ada nama pada anak sulung berkenaan.

Menurut portal MediaHiburan semalam, mereka sepakat meletakkan nama Nadi Anaqi pada anak mereka itu.
"Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut," -Shera.

Gambar Tengku Aleesya Berfesyen

Khamis, 27 Jun 2013

Wah Tengku Aleesya dah semakin bergaya lah. Anak Erra Fazira ini sudah pandai bergaya dengan baju dan pakaian pelbagai jenis/fesyen. Memang ada bakat juga nanti seperti emaknya. Apa-apa pun jum kita tengok gambar terbaru Aleesya bulan Jun ini. -Instagram Erra Fazira



Misha Omar Umum Kahwin Feb 2014

Dikhabarkan yang penyanyi Misha Omar dengan tunangnya, Firros akan menamatkan zaman pertunangan mereka yang sudah mencecah kini usia 16 bulan semenjak Februari 2012 pada Februari 2014 untuk mengenapkan 2 tahun atau 24 bulan pertunangan mereka.

Menurut portal GUA, mereka akan dinikahkan mengikut perancangan awal di akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan dimana tempat kelahiran Misha Omar dan seterusnya majlis resepsi pula belum dimuktamadkan lagi bila dan dimana.
"Alhamdulillah, setelah perkahwinan kami ditangguhkan, Insya-Allah kami akan mendirikan rumah tangga pada Februari tahun hadapan. Tarikhnya masih lagi belum diputuskan namun kedua-dua keluarga kami akan berjumpa dan berbincang lebih lanjut selepas sambutan Hari Raya nanti,

"Bulan Februari tahun hadapan sangat sesuai kerana pada bulan tersebut, genap 2 tahun kami bertunang. Manakala tarikh sebenar hari perkahwinan saya akan diumumkan selepas Hari Raya nanti," Misha Omar.

Heliza Helmi Hiasi Majalah Lisa


Sekarang semakin sepi dengan kisah lakonan dan nyanyian serta kelibat Heliza Helmi dalam dunia hiburan. Kalau ada pun mungkin kurang mendapat sambutan media. Tidak tahu dimana silapnya. Mungkin Heliza sedang sibuk dengan kerjayanya yang lain kot, sebab tu jarang berlakon atau nyanyian.

Tapi baru-baru ni, kelibat Heliza masih lagi berbisa, dia dijemput untuk menjadi penghias majalah berkenaan untuk edisi yang terbaru. Ntah la kalau ada cerita mengenai kisah cinta/kekasih Heliza di dalam majalah ini, hehe.

Norish Karman Disamun RM10k, Enggan Report Polis!

Dikhabarkan semalam yang pelakon, Noris Karman telah disamun dan kerugian harta benda miliknya hampir RM10,000. Berita yang memetik portal SinarHarian itu tambahnya lagi kehilangan wang ringgit dan dua telefon bimbit akibat disambun dan mengakibatkan hilang pencarian rezeki tawaran lakonan dan nyanyian kerana ramai pihak gagal menghubunginya.

Kejadian itu berlaku apabila Norish bersama 3 anaknya sedang bersiar-siar di shopping complex di ibu negara.

“Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.

“Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.

"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg”

“Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil,

“Saya ada lapor pada ‘mall’ itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.

“Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah,” katanya.

Ibu Sahkan Diana Danielle Bersalin

Berita pelakon, Diana Danielle melahirkan anak pada awal bulan lalu mengemparkan seluruh peminat hiburan tempatan. Namun dakwaan Diana melahirkan anak itu disangkal dan dinafikan oleh suaminya, Farid Kamil. Dengan menyatakan itu adalah anak kepada adik kandungnya. Gara-gara sekeping gambar dimana Farid mendukung seorang bayi kecil dengan kata-kata kesyukuran.

Farid menegaskan yang Diana akan bersalin pada bulan Julai nanti.

Namun baru-baru ini terdapat desas desus yang Diana sememangnya sudah melahirkan anak. Menurut sumber, ibu kepada Diana sudah mengesahkannya.
“Khabarnya, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli pernah mengesahkan kepada teman baiknya seorang VIP, anaknya itu sudah selamat bersalin, sedangkan Farid Kamil menafikannya … pulak!” – Berita Harian.
Mana satu betul? Wallahualam.

Gambar Anak Kembar Sazzy Falak Terkini

Rabu, 26 Jun 2013


Anak kembar Sazzy Falak, Lilly dan Tiara Rose memang menjadi perhatian, sebabnya dah lah kembar, emaknya pula selebriti terkenal. Jarang selebriti dapat anak kembar. Kalau ada pun, admin pun tak tahu. Ni anak kembar Sazzy di jemput balik, macam balik dari taska, iya la, mungkin ibubapanya sibukkan seharian. apa-apa pun jom layaan. -Instagram Sazzy Falak


Dekorasi Halaman Rumah Usop Wilcha


Jangan tidak disangka pelakon, pelawak Usop Wilcha mempunyai bakat dalam menghias halaman rumah. Boleh dikatakan dekorasi nya memang kelihatan unik dan menarik dari segi dinding dalaman sehinggalah ke luaran rumah. Jom kita lihat dekorasi halaman rumah Usop.

Qi Razali, Nelydia Senrose Ke Kursus Kahwin?

Qi Razali dan Nelydia Senrose yang diketahaui ramai sedang bercinta dikhabarkan baru-baru ini ada pergi ke kursus kahwin. Mana taknya, sekeping gambar kelih Qi bersokong manakala Nelydia pula memakai tudung.

Usia Nelydia yang kini baru 19 tahun agak sukar menerima logik kalau dia mahu menamatkan zaman bujang yang masih awal. Menjawab teka teki gambar berkenaan, Neldydia hanya ketawa kecil.
“Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan.

“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin,”-Nelydia. Bharian

Neelofa Halalkan RM5000 Hutang Shahrizal

Apalah nasib si Shahrizal Jaszle ni sudah jatuh ditimpa tangga, isu pertunangannya masih lagi dalam bualan, terbaru dia dikatakan meminjam duit daripada Neelofa berjumlah RM5000. Perkara ini sudah 2 tahun berlalu.

Dan dalam tempoh 2 tahun itu jugalah mereka berdua sudah tidak lagi berhubung. Dan sekaligus isu hutang seperti tidak dibangkitkan. Namun dalam tak disangka, apa punya baik hati lah si Neelofa ni, dia sanggup halalkan hutang berkenaan atas dasar tidak mahu memperbesarkan lagi isu berkenaan. Tapi tidak menolak jika Shahrizal memulangnya semula.

Nasib engkau lah Shahrizal, ada teman sebaik Neelofa...
"Memang dia ada berhutang dengan saya dengan jumlah wang yang sebanyak itu tetapi ianya sudah berlalu sejak tahun lalu. Selepas itu kami tidak bercakap atau berhubung, jauh sekali berjumpa di dalam set penggambaran bersama.

"Senang kata kami lost contact atau tidak berhubung lebih setahun, malah dia juga tidak ada menghubungi saya pun untuk membayar balik hutang itu. Bila perkara ini diketahui umum, saya pun tidak mahu memperbesarkannya lagi dan saya halalkan sahaja hutangnya itu,

"Jika dia tidak mahu membayarnya saya boleh sahaja halalkannya kerana tidak mahulah ianya menjadi kecoh begini. Tetapi jika dia mahu membayarnya, tangan saya terbuka luas untuk menerimanya," Neelofa. -Murai

Boy Iman Timang Cahaya Mata Sulung

Tak disangka pelakon, Boy Norul Iman telah menimang anak sulung pada 20 Jun 2013 yang lalu. Menurut portal MediaHiburan, isteri beliau selamat melahirkan anak berkenaan di Hospital Pakar al Islam, Kuala Lumpur. Nama dan berat anak beliau tidak diketahui lagi, nampak semuanya sihat-sihat sahaja dari melihat gambar dibawah ini.

Gambar Mesra Nabila Huda, Amy Search

Selasa, 25 Jun 2013

Jarang sekali melihat keriangan anak dengan ayahnya terutama sekali kelibat Nabila Huda dengan ayahnya, Amy Search untuk bersama-sama bergambar. Kali ini berkesempatan untuk memperlihatkan kedua-duanya dalam sesi photoshoot. Mereka berdua digandingkan bersama, dan aksi-aksi mesra dua beranak ini dapat dilihat melalui lensa photo dibawah.

Gambar Isteri dan Anak Juara Imam Muda 1, 2, 3


Gambar dibawah adalah isteri dan juga anak kepada Juara Imam Muda 1, 2 dan 3. Mereka adalah Nur Husna Yusoff adalah isteri kepada Juara Imam Muda musim 1 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Manakala Fardatul Ulfah Jamali pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 2 2011, Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya. Nurul Atikah Shahrudin pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 3 2012, Ustaz Abdul Jabbar A. Kahar.

Mungkin ada yang sudah mengenalinya dan ada yang belum, mari lihat.-Majalah Nur



Perkahwinan Rozita, Zain Saidin Terima Tajaan Sepenuhnya

Untunglah menjadi selebriti yang terkenal, asal sahaja nak kahwin, mesti ada yang sponser. Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang tidak lama lagi mahu berkahwin sudah mendapat sponsor perkahwinan mereka. Kiranya sponsor kali ini agak menyeluruh.

Ianya termasuklah dari segi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya sudah pun disediakan untuk majlis pernikahannya yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini yang masih menjadi rahsia. Dan yang belum mendapat sponsor lagi adalah cenderamata untuk tetamu.

Difahamkan ramai berduyun-duyun nak jadi sponsor untuk majlis perkahwinan mereka, namun kata Rozita dan Zain mereka akan pilih mana satu sponsor yang terbaik untuk majlis itu nanti. -sumber Utusan

Gambar Fazura Bertudung Labuh


Ini adalah foto minggu lepas dimana Nur Fazura kelihatan bertudung/berhijab dan berjubah ketika menghadiri satu majlis yang tidak dapat dipastikan majlis apa kemungkinan majlis ilmu dengan turut bersama bergambar dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Muhamad. 

Kelihatan Nur Fazura kelihatan ayu dan anggun bila memakai tudung/hijab kan.
 

Awi Rafael, Hanez Suraya Putus Cinta!

Dalam tak disangka hubungan cinta diantara pasangan kekasih, Awi Rafael dan Hanez Suraya kini sudah terkubur. Mereka berpisah pada 22 Jun 2013 yang lalu.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh kedua-dua pihak melalui laman sosial Twitter masing-masing.

Punca dan sebab perpisahan masih lagi tidak diketahui. Apa-apa pun terserahlah kepada jodoh diantara mereka berdua.