Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Anak Natasha Hudson

Selasa, 30 April 2013

Akhirnya pelakon Natasha Hudson memetik portal Murai semalam yang dia sudah memberikan wajah sebenar anak keduanya melalui laman sosial Instagram dengan memberi nama Naeema Taqiyyah.

Naeema yang lahir pada 22 April tahun ini merupakan anak hasil daripada perkahwinan yang ke-2 Natasha dengan Khalid Kamal pada April tahun lalu.




Zul Arifin Dengan Kekasihnya, Gayatri Su-Lin


Baru-baru ni Zul Arifin ada pergi sebuah majlis. Majlis tu tak pasti majlis apa, macam sepertinya majlis untuk orang India. Namun yang menjadi persoalan, kedatangan Zul bukan seorang diri tapi ditemani kekasihnya, Gayatri Su-Lin seorang pengarah drama/filem.

Memang kacak sungguh Zul ni, siap berpakaian rasmi orang India.


bersama Amisha Patel

Norman KRU vs Faizal Tahir


Inilah ragam politik negara kita. Bila artis bersuara di laman sosial, ada juga sebilangan artis yang menemplak dengan membalasnya terutama laman sosial service Twitter.

Terbaru isu Norman KRU yang mengandaikan jika PAS memerintah melalui laman Twitter, industri hiburan akan merundum jatuh dan tidak seperti yang dijangkakan naik memandangkan studio bernilai jutaan ringgit itu hampir tidak lama lagi siap.

Namun kenyataan ini dibidas oleh Faizal Tahir juga memlalui laman sosial Twitter, dengan mengandaikan rezeki itu semua datang dari Allah, sebagai orang Islam anda harus mempercayai Qada dan Qadar Allah. -gambar Forum Cari


Fouziah Gous Berhasrat Kahwin Tahun ini!


Inilah artis contoh, tak payah main sorok-sorok sembunyikan siapa kekasih hati sebenar. Fouziah Gous yang berani memuatnaik gambar dia dengan seorang jejaka mengakui jejaka berkenaan adalah kekasih hatinya. Malah berhasrat ingin bernikah secepat yang mungkin yakni kemungkinan tahun ini.
“Sebelum ini kami hanya kawan dan turut menjalankan perniagaan sarang burung bersama tapi tanpa disedari hubungan itu berlanjutan sehingga ke tahap ini.

"Ciri-ciri suami yang saya bayangkan memang ada pada dirinya. Insya-ALLAH, jika semua berjalan dengan baik kami akan berkahwin dalam tahun ini juga," -Fouziah. -Sinarharian

Ammar Tuduh Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof!

Kecoh semalam apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian menuduh Puteri Sarah ada menjalinkan hubungan mesra dengan anak jutawan Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.

Tidak diketahui kenapa Ammar bertindak sedemikian menyebarkan gosip yang tidak tahu kesahihan empunya tuan badan, Puteri Sarah. Namun salah satu sebab penting penyebaran gosip ini melalui sumber adalah kerana Puteri sering memburukan Amar ketika sidang media dan di set pengambaraan.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” -Ammar.
Dan ini pula komen Puteri melalui portal GUA..
“Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya

“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang

“Apa yang lepas tu, lepas. Saya tak mahu cakap panjang lebar kerana perkara ini tak akan selesai,” -kata Puteri

Gambar Anak Ahmad Nabil Setengah Tahun

Isnin, 29 April 2013


Dah masuk usia setengah tahun dah anak pelawak Ahmad Nabil dengan isterinya. Naira Mikayla kelihatan sungguh comel dan bambam sedikit. Kuat menyusu agaknya anak Nabil ni.. Kalah ayahnya punya size badan. Hehe. -gambar Instagram Isteri Nabil




Hairul, Hanis Zalikha Bakal Bercinta!

Pelakon yang baru naik namanya melalui Setia Hujung Nyawa, Hairul Azreen kini bakal menemukan kembali cinta barunya dengan seorang blogger terkenal yang bernama Hanis Zalikha. Ini adalah kerana banyak gambar mesra mereka berdua yang dimuatnaik dalam laman sosial menjadi bahan bualan.

Namun tidak menafikan yang Hairul mengenali Hanis sudah lama sejak bangku sekolah lagi dan kini dipertemukan dalam satu industri anak seni. Cuma hanya rapat sebagai kawan kerja sahaja buat masa ini.
"Saya mengenali Hanis sejak dari bangku sekolah lagi, kami mengenali melalui laman sosial Myspace. Sebetulnya hubungan kami berdua agak lama terputus sebelum ditemukan kembali di dalam industri ini.

"Buat masa ini kedua kami masih memberi fokus buat kerjaya sahaja. Apa yang menjadikan kami lebih rapat kini adalah sikap suka membantu Hanis

"Sebetulnya sudah hampir enam ke tujuh bulan saya berpisah, dan hubungan saya dengan Hanis memang baharu sahaja rapat. Namun itu bukan bermakna kami bercinta, kami hanya berkawan buat masa ini dan saya tidak fikir lagi ke arah itu.

"Biar saya berterus-terang, sebenarnya saya berada di tengah-tengah, sama ada saya bercinta atau tidak itu belum tahu lagi. Namun jika ditakdirkan kami tidak bercinta semestinya dia akan kekal menjadi rakan saya". -Hairul. Utusan

Norman Akan Nikah Abby Jika Dapat Kebenaran Memey!

Norman Hakim difahamkan tidak menolak jika Abby Abadi dinikahi semula ini berdasarkan Abby kembali akrab dan menjalinkan hubungan kemesraan dengan isteri Norman, Memey Suhaiza. Berita ini agaknya memberikan satu petanda yang Norman kemungkinan akan bermadu.

Namun jika ditakdirkan bersatu semula itu semua atas kebenaran Memey. Dan kini Norman serah semuanya kepada Allah.
"untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

"Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami. Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,

"Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.

"Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu," -Norman. Murai

Kereta Pak Nil Dihiasi Nama PM

Semangat betul Pak Nil atau nama sebenarnya, Datuk Aznil Hj Nawawi menyertai konvo untuk PRU13 bagi sokongan tidak berbelah bagi untuk kepimpinan Perdana Menteri, Ybhg. Datuk Seri Najib Razak mengelilingi seluruh semenanjung.

Keretanya berjenama mewah, Toyota Vellfire yang dihiasi nama PM itu jelas membuktikan Pak Nil korbankan masanya untuk membantu jentera BN memenangi 2/3 PRU kali ini. Difahamkan sekarang dalam siri penjelahan ke selatan. -Instagram Pak Nil





Wawa Zainal Lupa Asal Usul Bahasanya?

kalau orang berhijrah kadang kala apa yang di lakukannya turut berubah, namun menjadi satu kebanggaan kalau masih mengekalkan yang asal. Kalau ikut kan orang yang berhijrah atau menetap lama di Kuala Lumpur pastinya bergaya dengan bahasa dan cara bergaul bandar metropolitan.

Wawa Zainal dikatakan telah melupakan bahasa asalnya yakni Sabahan terutama tempat asalnya Lahad Datu setelah mencari rezeki di Semenanjung. Dan boleh dikatakan gadis yang berusia 22 tahun ini sudah tidak lagi berbahasa sabahan. benarkah begitu.? Baca disini..

Kekasih Ammar Alfian Yang Baru?

Ahad, 28 April 2013


Tak pasti ini merupakan kekasih baru kepada pelakon Ammar Alfian Aziz yang dimuatnaik dalam laman sosial Instagramnya atau tidak. Memandangkan ada simbol 'love' pada gambar tersebut yang membuatkan kita rasa mereka berdua sedang bercinta. Kuikui..


Linda Onn Tidak Mahu Lagi Sertai ABPBH!

ABPBH sepertinya satu majlis yang mempunyai tempias yang luar biasa apabila sebilangan kecil selebriti tempatan enggan lagi mahu disenaraikan dalam pencalonan kategorinya. Seperti Adi Putra dan Datuk Siti Nurhaliza.

Bila Adi Putra membuat protes tidak mahu dicalonkan dalam ABPBH kerana sayangkan peminatnya, kini Linda Onn yang juga deejay Suria FM telah pun mengikut jejak Adi. Mengikut sumber mStar itu lagi, Linda bukanlah merajuk sebab kalah namun hanya menjaga hati peminatnya yang bersusah payah mengundi untuk dirinya.
"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu (Penyampai Radio Wanita Popular) walaupun telah bersusah payah melakukan undian.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.
Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007!. 

wah dah dari 2007 tak nak bagi chan ke Fara oi kat orang lain..kuikui..

Gambar Yasmin Hani Anggun Sungguh!

Sabtu, 27 April 2013


Cantiknya pelakon Yasmin Hani ni. Tak usah banyak tulis kali ini, anda juga pastinya tahu menilai artis kesayangan korang sendiri kan. Bagi admin, Yasmin memang cantik dan anggun. :)



Anne Ngasri Hamil 3 Bulan!

Tahniah kepada Anne Ngasri kerana dikhabarkan sudah hamil/mengandung anak yang berusia 3 bulan dari zuriat suami barunya, Mohd Sumali. Namun difahamkan walaupun hamil/mengadung, Anne tetap bersama-sama dengan suaminya untuk berkempen untuk PRU13 sebagai orang kuat BN/UMNO.
"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.

"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelas Anne. -Sumber
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.

Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Gambar Raja Ema Semulus Wajahnya..

Jumaat, 26 April 2013


Awat putih dan mulus ja wajah penyanyi dan pelakon era 80-an, Raja Ema. Mungkin apps di handpone yang membuatkan wajahnya begitu bersinar. Biasa lah, kadang-kadang korang pun wat macam tu juga kan nak cover kedut-kedut di wajah.

Kalau lihatkan memang macam awet muda lah Raja yang dah berusia 44 tahun ni. Difahamkan tak lama lagi dia akan kembali berlakon, filem atau drama yang itu tak pasti, nantikan aja ye.





Azhar Idrus Berlakon Dalam Filem P. Andre

Dulu ada sebuah ceramah perdana dimana telah dijemput penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UIA). Dan hostnya adalah Pierre Andre. Dari situ Pierre ada membuat satu tawaran untuk UAI untuk berlakon dalam filem/drama arahannya.

Akhirnya, UAI setuju untuk berlakon dalam file Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bergandingan dengan kumpulan MaharajaLawak, Shiro. Dan ini bukti UAI di dalam set lakonan berkenaan, yang dikhabarkan dibuat di sekitar Kuala Terengganu. -Sumber MiG




Gambar Anak Sari Yanti Terkini


Gambar dibawah ni adalah gambar anak Sari Yanti yang terkini, tidak tahu gambar yang mana satu penama anaknya Barr Al Aliy, berusia 2 tahun, dan Basit al-Haq, berusia setahun. Tapi rasanya gambar yang dua orang tu memang gambar Barr dan Basit. Admin pun bingung, cuba korang yang pandai meneka mana satu Barr dan Basit sebab hampir sama je perbezaan besar mereka. Hehe. -Instagram Sari Yanti




Rambut Fizz Fairuz Yang WOW!!


Apa jadi dengan pelakon Fizz Fairuz punya rambut ni. Umpama sarang tabuan yang besar giler. Harap-harap lah kan tak kekal, mungkin hanya untuk show atau event penting untuk bergaya dengan fesyen atau tema ketika itu. Apa-apa pun memang cukup kelakar.



Akhirnya Memey Nekad Bertudung Selamanya

Jika sebelum ini Memey Suhaiza dalam perangcangan untuk belajar menggunakan tudung pada dirinya, semalam berita baik telah datang yang dia sudah buat keputusan untuk nekad bertudung selamanya yakni kekal pada dirinya.

Wah baguslah macam itu, ini adalah keputusan bijak Memey memandangkan sudah bergelar ibu dan juga isteri. Seterusnya menjadikan keluarga Memey dan Norman serta hubungannya dengan Abby Abadi menjadi lebih bahagia dan sempurna.
“Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung.

“Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” -Memey, GUA

Kris, Raul Mengerjakan Umrah Kali Pertama

Khamis, 25 April 2013


Difahamkan yang penyanyi, Kris Dayanti dan suaminya, Raul Lemos sudah selamat menjalani ibadah umrah di kota Makkah selama 9 hari yang lalu yakni pada 16 April 2012 dan sehingga 23 April yang kini sudah berada di Jakarta. Dan ini adalah kali pertama Kris dan Raul menunaikan umrah setelah mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun kemepergiaan mereka berdua tidak dibawa bersama anak sulung mereka itu ini kerana Kris dan Raul mahu keselesaan dan kelancaran ketika menunaikan umrah.

"Ya pasti ada perasaan senang karena sudah panggilan dan merasa senang. Takjub yah, sebetulnya pengen bawa anak-anak cuma ini pengen suami khusyu,

"Doa buat Yuni (kakaknya, Yuni Shara), pasti, jodoh kali ya," Kris. -sumber KapanLagi

Gambar Fasha Sandha Dengan Anaknya

Fasha Sandha yang kini dalam tempoh pantang sempat membawa anaknya, Putera Rayfal untuk check up baru-baru ini. Usianya yang dah mencecah 10 hari ini seharusnya perlu dibawa ke klinik/hospital untuk pemeriksaan. Dan inilah juga kali pertama Rayfal dibawa keluar oleh ibu dan ayahnya. -gambar Instagram Fasha Sandha





Gambar Wawa Zainal Bertudung

Manisnya melihat pelakon, Wawa Zainal bertudung. Kalau orangnya memang manis, pakai tudung bertambah manis lah kan seperti madu.

Tapi sayangnya ini semua untuk babak filem sahaja. Filem yang diterbitkan oleh MiG production berjudul 99 Kali Rindu akan ditayangkan pada 9 Mei 2013 nanti. Satu filem Islamik yang menceritakan Wawa sebagai seorang juruhebah radio yang jatuh cinta kepada ustaz lakonan Aeril Zafrel. -gambar MiG Online



Shaheizy Sam Bagi Emaknya Hadiah Habib Jewels

Selasa lalu berlangsungnya majlis penyerahan hadiah kepada para pemenang ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa .Dan menjadi perhatian adalah pemenang utama dari kategori Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam dengan hadiah utama Habib Jewels bernilai RM150,000 dan sebuah kereta Nissan 370z berharga RM350,000.

Yang paling membanggakan sekali barangan set Habib Jewels itu dihadiahkan Sam kepada emaknya, Khaty Fauziah sebagai perhargaan dan hadiah untuk pengorbanan dan jasa seorang ibu teradap anaknya.
"Beliau adalah penyokong setia dan pemangkin semangat saya. Tanpanya tidak adalah saya di sini. Jujurnya saya tidak mampu membalas jasanya yang cukup besar. Cuma hadiah kemenangan di ABPBH ini memang saya ingin berikan kepadanya," jelas Sam.
Pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penganjur seperti Habib Jewels dan Jamu Mak Dara. -sumber

Baik sungguh Sam ni, kalau ada isteri masa ini, pasti bahagia isterinya tu dapat barangan kemas.  kan3..


Video Nora Danish Aksi Gwiyomi (Ori)


Macam-macam kisah lah mengenai gerak dan juga nyayian lagu Gwiyomi ni. Fenomena ini menular dari orang biasa sehinggalah ke golongan selebriti. Nora Danish tidak ketinggalan untuk membuat aksi sedemikian.

Nora membuatnya dengan atas permintaan dari peminatnya melalui laman sosial. Sebelum ini, ada yang membuat video 'fake' dengan memakai nama Nora Danish untuk satu video Gwiyomi yang menyampah giler bila dilihatnya.

Yang itu admin dah lihat, tapi tak nak lampirkan, nak lampirkan yang original punya oleh Nora Danish dan juga ahli keluarganya. Enjoy!

Gambar Kekasih Terbaru Tiz Zaqyah?

Rabu, 24 April 2013


Tidak dipastikan samaada ini kekasih sebenar Tiz Zaqyah atau hanya propa Tiz sahaja untuk bergurau dengan followernya di Instagram. Namun kalau dilihatkan memang nampak sebagai seorang kekasih. Kalau benar, bagusla. Keh keh.