Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Keluarga Sharifah Shahirah

Ahad, 31 Mac 2013

Pelakon Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bersama suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 38 yang mendirikan rumahtangga 10 tahun yang lalu, 28 Februari 2003 kini sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Iaitu Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3. Dan difahamkan Sharifah ingin mahu menambahkan anak sebelum usia 40 tahun.

Selain itu helmet Sharifah Shahirah juga memang unik, siap ada nama dengan suami lagi, kena hantar ke pejabat dengan menunggang motorsikal berkuasa besar. Memang masyuk zapp2. -gambar Instagram ShieraIjoy





Gambar Siti Nurhaliza Berjumpa Kimora

Sabtu, 30 Mac 2013

Baru-baru ni Datuk Siti Nurhaliza ada berjumpa dengan model terkenal dari Amerika Syarikat, Kimora Lee Simmons di sebuah majlis di ibu Negara. Dulu pernah juga sekali Siti berjumpa Kimoro namun waktu itu tidak bertudung penuh, tapi kali ini bertudung penuh.

Kubur Seniman Negara Di Hempap Pokok Tumbang

Ini ada satu berita yang sangat menyayat hati. Kubur bekas seniman-seniman Negara, seperti Saloma, Tan Sri P Ramlee dan AR Tompel telah di hempap sebuah pokok besar akibat tumbang di Perkuburan Islam Ampang. Mengikut sumber hampir 7 pokok besar telah tumbang. Astro Awani juga membuat liputan ke tempat kejadian baharu-baharu ini.

Pusara-pusara mereka hampir musnah dan mungkin masa ini kerja-kerja pembaik pulihan sedangn dijalankan. Semoga ada hikmah yang berlaku di atas kejadian ini. al Fatihah. -gambar blogserius.blogspot.com









Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak

Jumaat, 29 Mac 2013

Tahniah kepada pengacara dan pelakon, Irma Hasmie kerana selamat melahirkan anak sulungnya kira-kira jam 8.50 pagi 29 Mac 2013. Turut bersama ketika melahirkan anak sulung itu adalah suaminya, Redza Shah. gambar di muatnaik oleh suaminya kira-kira 4-5 jam selepas kelahirannya yakni pada jam 12 tengahari. Nama anak mereka ini adalah, Redza Syah Irfhan. -udpates IG Shah Redza


Yusry Mainkan Piano Untuk Lisa Surihani

Setiap pasangan selebriti punya cara yang berbeza untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat romantis. Begitu juga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim yang juga salah seorang anggota trio adik-beradik KRU.

Sebagai tanda cinta yang tidak berbelah bahagi buat, Lisa yang juga seorang aktres terkemuka, Yusry akan meluangkan sedikit masa dengan memainkan piano buat suri hati yang dicintainya pada waktu santai mereka.

Dan adakalanya, mereka juga akan habiskan masa dengan duduk berdua-duaan sambil bercerita dan bergurau senda di kolam renang yang dibina di kediaman mereka.

Menariknya, kata Lisa, kolam renang tersebut hanya dibina untuk perhiasan semata dan hanya sekali saja dia merasmikannya untuk aktiviti renang.
"Yusry takde langsung menggunakannya," kata Lisa. -Murai

Wardina Belajar Mempertahankan Diri

Haha. Memang hebat pula pengacara, Wardina ni. Ada seni mempertahankan diri pula. Tak tahu baru belajar atau memang sudah lama belajar. Mungkin inilah cara terbaik bagi dirinya yang sebelum ini pernah diceroboh perompak di kediamannya. :)


Bob Lokman Akui Diri Menjadi Alat Pancing Undi

Khamis, 28 Mac 2013

Bekas pelakond dan pelawak, Bob Lokman yang juga aktivis parti politik PAS mengakui dirinya menjadi pemancing kehadiran orang ramai. Ini berlaku apabila dia berada di atas pentas untuk berceramah.

Orang ramai akan hadir beramai-ramai hanya untuk melihat Bob berceramah, namun para penceramah daripada parti PAS sendiri mereka enggan mendengarnya lalu pulang.

Mungkin agak bingung sedikit Bob yang memikirkan apakah perubahannya untuk politik sebagai populariti atau penghijrahan agama pada dirinya.
“"Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," -Bob. Utusan

Gambar Scan Bayi Fasha Sandha

Setelah selesai acara Baby Shower oleh Fasha Sandha dan suaminya, Jejai baru-baru ini, kini menampilkan pula gambar scan bayi sulung mereka kepada umum melalui laman sosial Instagram Fasha Sandha.

Iras wajah bayi itu sangat jelas kelihatan dan menampakkan bayi itu akan dilahirkan tidak lama lagi. Semoga selamat melahirkan anak nanti. :)

fashasandha The best gift ever. We are ready to see you son. Ya Allah permudahkanlah. Amin.

Gambar Tania Zara bersama Supercar!

Wah bertuah sungguh pelakon dan juga pengacara, Tania Zara apabila mendapat bahagian dalam kalau tidak silap untuk sebuah scene bersama pemilik serta kereta mewah yang juga 'supercar' berharga hampir mahupun lebih RM1 juta.

Memang impian setiap orang nak menaiki kereta seperti ini, tapi diingatkan harga roadtax untuk sebuah kereta ini mencecah RM10,000-RM30,000 dan CCM pula RM10,000 lebih sebulan. Anda mampu? haha. Layan ja lah gambar Tania di bawah ni. -instagram Tania Zara

Aksi di Ranjang Rusdi Ramli, Nora Danish!

Aduhai tak tahulah nak kata apa. Inilah lakonan pertama yang admin lihat apabila pelakon yang selalu melakonkan babak baik-baik belaka menjadi icon kepada aksi ranjang bersama pelakon Nora Danish.

Mengikut akhar HarianMetro di bawah ini, Rusdi berasa serba salah apabila mengikut arahan pengarah untuk melakukan aksi berkenaan. Lihat gambar sahaja dah boleh agak, memang seronok juga nampaknya kedua-dua pelakon.

Haha. Memang tuah badan nampaknya dapat melakonkan aksi ni, tapi soalan dan azab kubur memang tak lepas punya la. Heehe.


Gambar Sambutan Harijadi Anak Sulung Abby Abadi

Rabu, 27 Mac 2013

Baru-baru ini anak kepada perkahwinan pertama Norman Hakim dengan Abby Abadi, Danish Hakim telah menyambut hari kelahiran di kediamannya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain termasuk Memey Suhaiza dengan anaknya.

Mereka kelihatan begitu akrab sekali seperti satu keluarga besar. Dan melihat anak Memey juga, Mohamed Darwisz juga dah semakin membesar dan comel.




Yatt Hamzah ke Gaza

Gaza bukan tempat destinasi percutian yang boleh dianggap selamat kerana terdapat ancaman daripada Israel Laknatullah pada bila-bila masa. Namun Gaza juga boleh dianggap tempat selamat jika kita berani menjejakkan kaki ke sana. Seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan beberapa golongan selebriti sebelum ini. Dan yang terbaharu adalah pengacara, Yatt Hamzah yang dalam perancangan akan pergi ke Gaza pada 25 Mac sehingga 1 April ini bersama-sama ahli keluarganya. Untuk misi kemanusian bukan untuk bercuti-cuti.

“Selepas mengikuti kelas Usrah Fitrah, banyak mengajar saya pengertian sebenar tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

“Daripada situ juga, saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat ketika dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,

"Ini kali pertama saya membawa mereka bersama, jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi ALLAH, selamat pergi dan pulang." -Yatt, MediaHiburan

Amanda Misbun Kini Bertudung

Wah bertambah lagi seorang selebriti kita memakai tudung. Kali ini menampilkan pelakon Amanda Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun.

Gambar dibawah ini dikatakan diambil ketika mereka sedang membuka kedai tudung. Dan sekaligus dikhabarkan Amanda kini memakai tudung pada dirinya.

4 Pelakon Jelita Jadi Undian

Keempat-empat selebriti ni memang kelihatan anggun dan menawan sekali. Mereka terdiri daripada Nora Danish, Izara Aishah, Neelofa dan Hanez Suraya.

Mereka mengambil gambar bersama ini ketika berada di Johor Baharu bersempena road show ABPBH2012. Cuba undi mana yang lebih cantik.


Gambar Baby Shower Fasha Sandha

Gambar dibawah adalah beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha melalui laman Instagram miliknya untuk hari sempena Baby Shower yang diadakan baru-baru ini dikediamannya.

Fasha yang sarat hamil akan melahirkan anak sulung itu tidak lama lagi. Turut hadir rakan artis yang lain, keluarga serta suaminya, Jejai. Layan.

Pelakon Fazurina Nikah Kali ke-2

Selasa, 26 Mac 2013

Pelakon Dunia Anita, Siti Fazurina akui terpaksa bernikah untuk kali ke-2 kerana perkahwinan yang pertama beliau tidak sah oleh Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak.

Pernikahan kali ke-2 itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu. Sebelum ini, Fazurina berkahwin dengan Muhammad Hykal Zulkifli di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,

"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.

"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran

"Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,

"Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," ” kata ibu Fazurina, Zubaidah. -mStar

Gambar Ady Putra Melancong

Memang sudah menjadi hobi dikalangan artis untuk pergi melancong. Tak sah kalau tak melancong luar negara. Ady Putra juga merupakan seorang kaki melancong yang rata-rata sudah menjelajahi tempat menarik di luar negara dengan membawa kamera DSLR miliknya.

Bahkan pengambaraan Ady di Sydney dan Taj Mahal ini merupakan salah satu percutian yang menarik sekali, banyak Negara telah dilawatinya, tapi sayangnya namun hanya beberapa keping gambar sahaja yang diberikan tontonan umum.

Dikesempatan lain pula, dia menemui YBh. Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.