Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Masa Lapang Rayqal bersama Ibunya

Khamis, 28 Februari 2013

Anak yang suka menolong orang tuanya pasti menjadi kebanggaan bahkan orang tua juga tidak mungkin inginkan anaknya menjadi seorang pemalas kan.

Anak Nora Danish, Rayqal ternyata seorang anak yang juga rajin, menolong emaknya dimasa lapang membasuh kereta milik mereka.

Selain daripada itu, mereka juga pergi ke tempat hiburan untuk menghiburkan Rayqal, mungkin setelah habis mencuci kereta berkenaan, hadiah kot. -gambar Instagram Nora Danish

Gambar Anne Ngasri di Jepun

Kalau tak silap baru-baru ni Anne Ngasri pergi ke Negara Matahari Terbit, Jepun bersama rakan-rakan selebriti yang lainnya.

Tidak tahu apa tujuannya mereka datanga ke sana, mungkin untuk shooting atau percutian semata-mata. Layan~

Gambar Eira, Azad dengan Amarra Sofea Rose

Anak kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin iaitu Amarra Sofea Rose yang lahir pada 11 Januari 2013 yang lalu kini semakin dibelai-belai oleh kedua orang tuanya itu.

Manakan tidak, anak sulung seperti umpama sebuah permata yang tidak ternilai harganya. Dan pastinya itu adalah anugerah Allah yang tiada bandinganya.

Ini ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial mereka yang menunjukkan ragam mereka berdua bersama anak kecil, Amarra Sofea Rose. -gambar Instagram Eira


Gambar Acong dan Isteri, Zuraida

Pelawaj Acong (Sweet Child) sudah pon mendirikan rumahtangga atau berkahwin dengan Siti Zuraida pada 15 Disember yang lalu. Dan kini sudah 2 bulan lebih dalam melayari rumahtangga bersama.

Tidak disangka Zuraida ini juga merupakan seorang pelakon. Dan terbaru dia berlakon bersama suaminya, Acong untuk satu telemovie, Sujud di Bawah Langit (gambar4,5 dan 6)

Video Bersama Tunang Pierre Andre

Pengarah, Pierre Andre yang sudah bertunang dengan gadis pilihannya pada 9 Februari bernama Nurhidayah telah diwawancara oleh wartawan MiG baru-baru ini. Video yang dimuatnaik pada 19 Februari itu memperlihatkan kedua-duanya hadir di sebuah majlis anjuran MiG.

Memang kelihatan manis dan menawan sekali tunang Pierre ni.  Mereka berkenal selama setahun dan dalam perancangan akan bernikah pada bulan Jun 2013 nanti.

Gambar Norlia Ghani Terkini

Rabu, 27 Februari 2013

Siapa tidak kenal dengan pelakon vateran bernama Norlia Ghani dan lebih dikenali sebagai panggilan 'Joyah'. Melihat perkembangan hidup Norlia Ghani sekarang ini, dia sudah memakai tudung penuh dan kalau dilihatkan kebanyakkan image di Google masih lagi sekadar tudung alas di kepala.

Namun sekarang dah berubah, syukur Alhamdulillah di atas perkembangan ini, semoga Norlia Ghani senantiasa sihat dan di redoi Allah. Gambar juga menunjukkan antara pelakon tempatan seperti Sharnaaz yang mungkin menziarahi Norlia Ghani baru-baru ini.

Shila Amzah Mahu Pergi Umrah

Difahamkan yang penyanyi Shila Amzah yang juga bekas kekasih Sharnaaz kini bakal menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac nanti. Kepermegian Shila juga turut diserai oleh bersama-sama ahli keluarganya.

Isu Sharnaaz atau putus cinta itu bukan menjadi persoalan lagi bagi Shila, Shila menganggap itu semua adalah takdir dan sebagai seorang umat Islam perlulah tabah menghadapi dugaan.

Dan menganggap perkara yang lalu tidak perlu diungkit kembali, biarla ianya menjadi kenangan antara Shila dan Sharnaaz serta mereka yang selalu mengambil perhatian mengenai hal ini.

Dan ini adalah petikan Shila yang diambil melalui portal Murai.
 "Mengenai hal yang telah berlalu biarlah ia berlalu kerana bagi Shila ia sudah pun tertulis sedemikian rupa. Kini Shila menjalani kehidupan seperti biasa dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seni sahaja.

"Shila serta adik beradik yang lain telah diajar daripada kecil supaya sentiasa ingat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Ajal, maut jodoh serta pertemuan adalah milik Allah SWT dan kita hanya mampu merancang selebihnya adalah urusan DIA di atas sana,

"Memang Shila sudah lama merancang dengan kedua ibu bapa mengenai rencana mahu ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Ia telah dibuat sejak tahun lalu lagi. Akhirnya ia terlaksana jua pada tahun ini.

"Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana. " -Shila

Fida Ibrahim Hiasi Majalah Remaja

Majalah Remaja edisi terbaru ini 1 Mac menampilkan Fida Ibrahim sebagai penghias muka hadapan majalah mereka. Memang kelihatan cantik dan anggun sekali Fida.

Namun malangnya, muka hadapan ditutupi separuh mukanya. Mungkin di dalam majalah ini terdapat full muka Fida Ibrahim. Apa tunggu lagi dapatkan di pasaran segera. -gambar Facebook Remaja


Gambar Tunang Black Mentor

Black Mentor yang dah bertunang dengan gadis bernama Cira Khairi pada 26 Januari 2012 yang lalu kini sudah sebulan usianya dengan status tunang berkenaan.

Pada awalnya Black enggan memberitahu indentiti tunangnya itu namun kini Black sedia berkongsi gambar dia dan tunangnya melalui laman sosial Instagram.
“Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh. Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami. Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram,” - Black sumber mStar.

Rozita, Zain Rancang Kahwin Akhir Tahun Ini

Digembar gemburkan yang pelakon, Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan bernikah pada bulan Julai ini bersamaan dengan tarikh 7.7.2013. Namun penetapan tarikh ini sebenarnya salah faham diantara wartawan yang sebenarnya mencadangkan tarikh ini kepada Rozita.

Dan Rozita serta Zain juga menyangkal dan menafikan dakwaan tarikh berkenaan. Dan akan menetapkan tarikh sebenar perkahwinan mereka nanti.

"Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini.

"Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja." - Zain Saidin sumber MediaHiburan
"Insya-Allah, kalau benar Zain itu jodoh saya, saya akan berkahwin dengan dia tahun ini juga.

"Kalau ikut tarikh yang ada kena mengena dengan saya, kalau boleh saya nak kahwin pada hari lahir saya nanti iaitu pada Mac ini.

"Tapi, confirm tak sempat. Saya pun tidak mahu simpan lama-lama hasrat untuk berkahwin ini," -Rozita sumber Murai

Gambar Nurul Syuhada Bertudung

Selasa, 26 Februari 2013

Cantik sungguh melihat personaliti, Nurul Syuhada Nurul Ain ni bertudung, sejuk hati dan tenang mata melihat. Perubahan yang menampilkan dirinya kini sudah bertudung mula terlihat sejak bulan Ogos 2012 yang lalu.

Namun sayangnya, tidak lagi bersama Majalah Tiga dan menjadi pengacara sambila di MHI (Malaysia Hari ini). Apa-apa pun kita layan dulu gambar Nurul ini. -gambar Instagram Nurul Syuhada

Ammar, Puteri Sarah Sah Berpisah 3 Bulan Yang Lalu

Pasangan kekasih selebriti, Ammar Alfian dan Puteri Sarah dikhabarkan semalam melalui portal mStar yang mereka berdua telah berpisah setelah menyulam hubungan cinta selama 5 tahun.

Sebab berlakunya perpisahan ini kira-kira bulan November 2012 yang lalu kerana sifar Ammar sendiri yang langsung tidak menghargai Puteri.

Dan terkini Ammar merasa menyesal kerana berpisah dengan Puteri diatas keputusannya untuk berpisah dahulu.
"Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,

"Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah. Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar hati.

"Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya,

"Biarlah saya fokus pada kerja dan mengembalikan kepercayaan industri dan media menerusi kerja saya," kata Amar

Gambar Setahun Usia Anak Harith

Zander Xayne anak kepada pelawak, Harith Iskander dan Dr. Jezamine kini dah hampir nak setahun usianya apabila Mac menjelang.

Wah memang semakin Zander membesar, semakin dapat kita melihat iras wajahnya yang sama seperti ayahnya, Harith. Comel dan sihat anak mereka ni.

Aidl Tidak Sayang Rita, Rita Sayang Aidil

Mohd Aidil Zafuan yang juga suami kepada Rita Rudaini membuat permohonan cerai dengan menyatakan yang dia sudah tidak sayangkan Rita Rudaini lagi mengikut portal GUA bagi menjawab soalan Hakim Syarie samaada Aidil masih menyayangi Rita atau sebaliknya yang berlangsung menyelesaikan kes penceraian mereka berdua di Mahkamah Syariah Seremban.

Kes ini terpaksa sekali lagi ditunda kepada 8 Mac kerana Rita tidak bersependapat dengan Aidil, dengan menyatakan..

“Selagi dia masih suami saya, saya tetap sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya,” ujar Rita. 
Namun melihat Aidil sepertinya sudah malas dan enggan meneruskan perbincangan kes rumahtangga dengan Rita memandangkan dah banyak kali turun naik mahkamah dengan tiada jalan penyelesaian dapat dibuat.

Fathia, Keith Foo Bercinta?

Isnin, 25 Februari 2013

Memang kita sudah mendengar, pelakon cantik Fathia pernah menolak lamaran orang berdarah di Raja beberapa minggu yang lalu. Dan difahamkan Fathia inginkan lelaki yang kuat agama agar dapat membimbingnya kelak.

Namun baru-baru ini, Fathia dikhabarkan melalui portal Utusan semalam yang dia rapat dengan seorang yang bergelar selebriti juga. Sumber Utusan itu lagi mengatakan yang Fathia rapat dengan seorang lelaki bernama 'Keith Foo'.

Keith Foo merupakan rakyat Malaysia yang berkerjaya sebagai model yang popular di Negara Indonesia.