Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Saleha Single, Syed Adney Kawan Biasa

Khamis, 31 Januari 2013

Tidak disangka Siti Saleha kini solo atau single, orang secantik Saleha mengakui yang dia tidak mahu pening-pening memikirkan soal mencari kekasih dalam usia mudanya yang kini 23 tahun.

Faktor keluarga adalah penyumbang utama kenapa Saleha tidak mahu 'couple'. Namun tidaklah sekejam untuk membenci semua kaum lelaki, cuma Saleha mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu..

Gosip Saleha dengan Syed Adney (penjaga golse adik kepada Sharifah Sofea) sebelum ini juga nampaknya tidak benar dan pengakuan terbaru Saleha ini menampakkan dia dan Syed hanyalah sekadar kawan biasa.

"Rasanya saya boleh hidup tanpa kehadiran seseorang lelaki kerana saya bukan jenis yang terlalu bergantung kepada mereka.

"Malah saya sebenarnya seorang yang sangat berdikari dalam banyak perkara. Kerjaya merupakan tumpuan saya ketika ini dan rasanya soal cinta itu boleh tunggu.

Tambahan pula, tiada lelaki yang mahukan saya, sebab itu saya masih solo," -Saleha, mStar.

Gambar Ayu Raudhah Mengandung

Inilah gambar hamil/mengandung pertama yang dimuat naik oleh Ayu Raudhah kalau tidak silap beberapa hari yang lalu di laman Instagram miliknya.

Usia kandungannya ini dalam 7 bulan untuk memasuki fasa 8 bulan. Dia dan Zaquan sepertinya pergi bercuti di Singapore dengan pergi ke tempat shopping complex terkenal, Ngee Ann City.


Diana Danielle yang Anggun dan Menawan

Diana Danielle yang mendirikan rumahtangga dengan Farid Kamil awal November 2012 yang lalu telah mengemparkan peminat hiburan tempatan apabila dia dikhabarkan hamil/mengandung kurang 3 minggu selepas berkahwin dan kini usia kandungannya dalam perhitungan dah 2 bulan.

Namun itu semua adalah rezeki Diana dan Farid, Diana juga telah menjadi penghias muka hadapan majalah Cosmopolitan edisi terbaru 2013 ini. Dan nampaknya penampilan Diana memang terbaik, putih melepak dan anggun sentiasa dengan kecantikannya.

Gosip Cinta Nora Danish, Qi Razali

Nora Danish yang kini berstatus janda dikhabarkan telah digosipkan ada hubungan special dengan Qi Razali.
Berikutan gambar Nora dan Qi bersama-sama yang dimuat naik oleh Nora ke dalam akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Namun Nora menyangkal mereka berdua ada hubungan special namun menegaskan hanya rapat di set lokasi dan tidak lebih daripada itu. Tapi tidak menolak sekiranya faktor status kedua-duanya yang masih lagi single/solo akan menemukan kepada cinta dan seterusnya kahwin. Oh Sweet.

“Qi masih bujang dan begitu juga saya yang solo kembali. Semasa penggambaran filem Bencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram,”-Nora Danish, mStar..

Gambar Farah AF Terkini

Rabu, 30 Januari 2013

Kali ini menampilkan Farah pula. Tapi ini Farah AF 2 atau Farah Diana, seorang pengacara yang juga dikenali kerana kemesraan dan kecelotehannya ketika menjadi pengacara..

Farah yang berkahwin dengan suaminya, Johan pada Julai 2011 telah dikurniakan anak sulung pada 15 Ogos 2012 yang lalu. Nama anak comel mereka ini adalah, Elsa Johan. Nak tengok perkembangan atau gambar mereka sekeluarga, taraa..

Lagi Gambar Siti Nurhaliza Bertudung v2

Comel dan sentiasa anggung Dato' Siti Nurhaliza ni kan. Semakin berusia semakin nampak comel pula. Apatah lagi yang dia kini bertudung penuh. Dah takde tudung mini/alas rambut dalam kamus hidupnya.

Apa-apa hal, mari kita layan dulu gambar Dato' Siti v2 ni, dikongsi khas oleh Dato' Siti melalui laman Instagramnya.. yang belum lihat v1, silalah klik sini.. http://izyan.com/2013/01/lagi-gambar-siti-nurhaliza-bertudung.html

Gambar Raja Farah Terkini

Lama sudah tidak mendengar berita mengenai Raja Farah. Raja Farah yang dikenali kerana lakonannya dan kini sudah bertudung setelah mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Megat Bashirun pada 12 November 2010 yang lalu kini cukup bahagia disamping suaminya itu.

Namun belum lagi kedengaran Raja Farah hamil/mengandung anak sulung rasanya buat masa ini. Takpelah, belum ada rezeki lagi, yang penting berdoa dan berusaha semoga dapat zuriat dari darah daging sendiri. Amin.

Juvana The Movie Kutip RM2 Juta

Mengikut sumber sahih, filem yang diadaptasi melalui satu drama tv, Juvana telah mengaut keuntungan atau kutipan melebihi RM2  Juta sejak penayangannya yang bermula pada 24 Januari 2013 yang lalu.

Filem ini dilakokan oleh Johan Asari, Zahiril Adzrin, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan juga Syafie Naswip dengan gaya dan aksi mereka tersendiri. Mungkin filem ini dikatakan yang terbaik buat masa ini memandangkan seminggu penayangannya dengan kutipan yang cukup memberangsangkan.

Apa-apa pun tahniah, kepada yang belum pergi menonton, pastikan menonton ok, memang terbaik gua cakap sama lu.

Pengkritik - Najwa Latif Seperti Mak Nenek!

Selasa, 29 Januari 2013

Najwa Latif memiliki bakat suara seorang penyanyi yang digilai ramai. Namun ada juga pengkritik yang mahu dia berubah bukan dari sudut suara tapi dari sudut penampilan fesyen. Mereka menganggap Najwa seperti ketinggalan zaman dan buta fesyen.

Yang paling pedas sekali, Najwa dianggap sebagai Mak Nenek (tua dari usia) kerana fesyennya yang old school. Namun Najwa tidak berasa kecil hati malah kini dalam usaha untuk mengupah perunding fesyen atau mencari alternatif lain sebagai rujukan dan cara fesyen yang diinginkan.

Ini komen Najwa yang memetik portal SinarHarian mengenai fesyen pada dirinya.
"Saya akui tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai dengan umur saya.

"Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini,

"Biasalah saya budak baru belajar dan saya akan cuba ubah sikit-sikit. Tapi sampai nak mengupah pakar, saya rasa tidak perlu. Tapi saya sentiasa merujuk pada majalah dan internet untuk mendapatkan imej lebih sesuai,"

Motorsikal Berkuasa Tinggi dan Engku Alessya

Kehidupan Erra sepertinya sangat mencabar dan hobbynya menunggang motorsikal berkuasa tinggi memang menjadi satu keutamaan. Jarang-jarang dapat melihat seorang wanita berhobi sedemikian, memandangkan kebanyakkan daripada mereka lebih memilih kereta sebagai kenderaan utama dan di masa lapang.

Walaupun hobinya yang sedemikini, Engku Alessya juga tidak dipinggirkan, malah kasih sayang ibu dan anak semakin tidak luntur. Pasal rumahtangga, diharap baik-baik aje.

Najib Razak, Rozita Che Wan Bercinta?

Kah kah kah memang lawak sungguh artikel Harian Metro yang didakwa oleh blog Khairulryezal sepertimana dapat dilihat dibawah ini adalah mungkin kesilapan editor/pengarang apabila menulis nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau sengaja diubah/diedit oleh blog pembangkang.

Sepatutnya nama Zain Saidin dengan mana gambar dia dengan kekasihnya Rozita Che Wan. Mungkin satu Malaysia pon terkejut apabila membeli dan membaca keratan akhbar ini.

Aril AF Pakai Mitsubishi EVO 10?

Tak sangka Aril sekarang dah makin sukses. Siap berjubah lagi ya sheikh. Saudagar minyak unta ker.. Hehe.

Ntah apa yang dibuatnya sehingga menjadi bukti yang dia memakai kenderaan dengan kelasnya tersendiri yang sesuai dipakai oleh golongan muda, Mitsubishi Evo 10. (Wallahualamlah kalau sekadar pose di kereta orang lain..)

Kalau tidak silap kenderaan ini juga dimiliki oleh Zizan Razak. Tapi Zizan dah dapat duit menang RM250,000 seorang Maharajalawak Mega 2012 yang lalu, mesti dia nak angkat Nissan GTR R35.

Wah, memang banyak selebriti yang memiliki kenderaan mewah lainnya, tapi jiwa muda kena lah bersesuaian dengan keretanya juga kan. Takkan jiwa muda pakai kereta orang 'beliau' tak masyuk lah. kah kah..

Nazmi Mohon Maaf Isu Zafuan Dengan Tengku

Isu menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasih yang telah berlaku yang didakwa oleh pemain bola sepak SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor keatas pemain bola sepak Johor DT, Aidil Zafuan adalah tidak benar.

Zafuan dituduh menjalinkan hubungan dengan Tengku Fiella gadis kelahiran Kelantan menerusi laman sosial Nazmi beberapa hari yang lalu. Tambahan lagi, Zafuan memberikan wang RM1000 kepada Tengku untuk berbelanja. Yang lebih parah lagi, Zafuan dan Tengku didakwa tinggal bersama-sama.

Namun semua itu hanyalah poyo belaka, Nazmi sudah memohon maaf diatas pertuduhannya semua itu dan menganggap semua ini selesai dengan memadam semua  post yang berkaitan di laman sosialnya.

Dan ini komen Zafuan memetik portal mStar semalam..
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," -Zafuan

Azza Elite Bertudung?

Isnin, 28 Januari 2013

Betul ke Azza Elite dah mengenakan tudung sepenuhnya pada diri beliau. Mungkin sukar untuk kita bayangkan, namun terdapat beberapa bukti gambar yang dia telah bertudung yang telah dimuat naik dalam laman Instagram miliknya.

Kalau betul, syukurlah, kita juga amat bergembira dengan berita ini. Semoga Azza dan suami yang kini sudah 10 bulan mendirikan rumahtangga dalam keadaan bahagia hendaknya. :)
updates 29/1 petikan mStar: Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.