Zain, Rozita Nikah 11 Disember, RM13 Juta Tajaan

Pada: Selasa, 26 November 2013
Menurut portal mStar semalam, pasangan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dengan Zain Saidin sudah membuat kenyataan media mengenai tarikh pernikahan mereka, mereka merancang akan berkahwin pada tarikh 11 Disember 2013 (11/12/13).

Saat indah itu akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Centre selesai solat maghrib. Majlis persandingan mereka pula akan diadakan pada 13 Disember di di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.

Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam. Difahamkan Zain akan memberikan wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300 kepada Rozita Che Wan.

Dalam pekembangannya pula memetik portal GUA, mereka menerima tajaan barangan perkahwinan bernilai RM13 juta termasuklah cincin Habib Jewel bernilai RM10 juta. Astro Ria menerusi saluran 104 diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Tag : , , , , , , , ,