Villa Nabila Akan Difilemkan

Pada: Jumaat, 22 November 2013
Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Ini lah kebijaksanaan David Teo sentiasa mengambil peluang yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru dalam menjana pendapatan syarikatnya. Baguslah macam itu, Highland Tower juga antara filem dokumentari yang terbaik pernah dihasilkan oleh MiG setakat ini.

Tag : , , , , , ,