Suami Bertatu? Nadiya Nisaa Enggan Komen!

Pada: Selasa, 19 November 2013
Zubir sekali lagi membua satu artikel panas dan pedas pada sisipan hujung minggu yang lalu. Beritanya adalah apabila mendakwa menerima beberapa foto yang didakwa suami kepada Nadiya Nisaa memakai tatuu di kedua-dua lengannya.

Sepertinya jelas kelihatan tatuu berkenaan, namun wajahnya terpaksa di blerr kan untuk apa, tidak tahu pula. Namun Nadiya yang dihubungi oleh Zubir sendiri, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mahu diabaikan segera.

Yang peliknya, Nadiya enggan ulas gambar itu, tetapi enggan menafikannya pula. hoho
“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua”

“Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini”

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya. saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga,” ujar Nadiya Nisaa

Tag : , , , , ,