RM100,000 Untuk Ibu Ayah - Faizul AF

Pada: Rabu, 20 November 2013
Ni lah anak mithali katakan. Juara AF2013, Faizul telah membuat satu kejutan dimana wang hadiah bernilai RM100,000 yang dimenanginya itu akan diberikan kepada kedua orang tuanya.

Niatnya sungguh murni sekali taktala sebelum masuk ke dalam gelanggang AF lagi dia sudah menanamkan impian sedemikian bahkan tidak terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi juara, cuma niatnya untuk membantu keluarganya yang tersayang.

"Hadiah kejuaraan yang saya terima bernilai RM100 ribu ini akan saya berikan kepada ibu bapa saya. Sebelum menyertai AF 2013 lagi memang saya dah berniat untuk memberikan wang kemenangan kepada kedua ibu-bapa saya jika saya terpilih menjadi juara,”

“Selepas ini, terpulanglah kepada ibu dan bapa nak bagi saya berapa pun dari duit RM 100 ribu itu. Saya tidak kisah,” -Faizul. sumber GUA

Tag : , , ,