Rais Yatim, Isteri Menyanyi Terima RM170,000!

Pada: Selasa, 26 November 2013
Wah tak sangka upah orang kenamaan tahap VVIP dan juga bekas menteri bila menyanyikan lagu boleh juga mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah yang berlaku kepada Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang dikhabarkan memetik portal Utusan, beliau dibayar RM100,000! untuk menyanyikan lagu "When I Fall In Love by Nat King Cole" untuk sebuah Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana baru-baru ini.

Ianya sebenarnya bukan untuk kepentingan pribadi Tan Sri Dr. Rais dan bahan bualan politik kotor, namun menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ianya dibayar oleh seorang individu yang enggan dikenali bagi mengisi tabung kebajikan persatuan berkenaan.

Tidak ketinggalan isteri beliau, Puan Sri juga membuat persembahan dan dibayar RM70,000!. Wang hasil kutipan amal itu berjumlah RM350,000 bagi membantu lebih kurang 1000 karyawan.

Tag : , , , , , ,