Kereta Dipecah, Tukar Plat Nombor - Nabil Ahmad

Pada: Rabu, 20 November 2013
Gara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai makan malam aka diner di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan didapati cermin kereta berkenaan pecah.

Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang diisi baju sukan.

Menurut portal mStar, nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model Mitsubishi Lancer Evo 10.

"Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah masuk dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya. Tindakan itu juga bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga,"

"Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor plat seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan. Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah keselamatan," tegasnya.

Tag : , , , , , , ,