Johan Lamar Lana Nordin, Shila Pasrah

Pada: Jumaat, 29 November 2013
Kecoh juga semalam apabila orang yang dikaitkan kepada Shila Amzah iaitu Johan Asaari telah melamar Lana Nordin yang disisipkan melalui Bharian.

Malah yang mengejutkan lagi, kisah lamaran itu berlaku setelah 3 hari berjumpa diantara Johan dengan Lana.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,

“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin" -Johan Asaari
Dan ini pula komen Lana Nordin.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” -Lana Nordin.
Shila yang selama ini dikaitkan menjalinkan hubungan yang akrab dengan Johan sehinggakan kedua-dua ibu mereka sudah berjumpa, akhirnya akur dan pasrah dengan tindakan Johan itu, Shila telah mengomen isu ini di dalam laman sosial Twitternya dengan nada-nada kiasan yang sememangnya untuk Johan. :( -gambar Ehsan RotiKaya


Tag : , , , , , , ,