Fizz Berbohong? Kamal Adli Kecewa!

Pada: Jumaat, 29 November 2013
Fizz Fairuz yang dikhabarkan menarik diri daripada mengikuti program Liga Lawak Superstar di TV3 dengan menganggotai kumpulan Apa Kasih Toq telah pergi ke Cardiff, UK untuk menonton Cardiff City menentang Manchester United (MU) bersama-sama dengan Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.

Menurut laporan mStar, Ahli kumpulan Apa Kasih Toq iaitu Kamal Adli kecewa dengan tindakan Fizz itu.

"Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

"Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia,”

Mesej Fizz Fairuz ini mendakwa dia disingkirkan dalam Liga Lawak Superstar tetapi TV3 memaklumkan dia sebenarnya menarik diri. Mana satu betul?

Fizz turut dikatakan menyindir Syafiq Kyle (penganti Fizz) kononnya pelakon remaja itu tidak layak bersama Apa Kasih Tok.
"Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil,” etapi biarlah... TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja,” -Adli.

Tag : , , , , , , , , ,