Azean Irdawaty Masuk Hospital Lagi

Pada: Rabu, 20 November 2013
Azean Irdawaty sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu. Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim memberitahu keadaan ibunya tidak membimbangkan
"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," -Benjy
Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. -Utusan

Tag : , , , , , ,