Amyza Aznan Keguguran Anak ke-4

Pada: Isnin, 25 November 2013
Beberapa hari yang lalu, dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang Amyza Aznan mengalami musibah dimana dia mengalami keguguran kandungannya yang difahamkan berusia 2 bulan yang juga anak ke-4 Amyza.

"Ketika menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan, tanpa disangka saya mengalami pendarahan. Kru di lokasi bergegas menghantar saya ke Kuala Lumpur.

"Jujurnya ketika saya disahkan mengandung, suami dan anak adalah orang yang paling teruja. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Malah saya sangat bersedih dan asyik menangis sejak semalam,"

"Sepatutnya saya perlu menjalani tempoh berpantang seperti orang lain, tetapi memandangkan tuntutan kerja yang tinggal tiga hari lagi, jadi saya perlu ke lokasi pada hari Isnin ini."
Takpe lah Amyza, biarlah kepermigiannya menunggu mu di pintu Syurga kelak. Diharap tabah dan meredhai apa yang sudah terjadi.

Tag : , , , , , , ,