Amy Search Akui Dirinya Muflis

Pada: Khamis, 21 November 2013
Akhirnya memetik sumber mStar semalam, Amy Search mengakui dirinya telah muflis akibat dianiya oleh kawan sendiri. Amy enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dan mahu mengheret kawannya itu ke muka pengadilan.

Kes muflis itu bermula apabila Amy gagal membayar balik jumlah hutang bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru pada tahun 2009 yang lalu.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,

"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," - Amy Search

Tag : , , , , , ,