Nabil Ahmad Dapat Rumah RM1 Juta Percuma

Pada: Rabu, 30 Oktober 2013
Memetik daripada sumber mStar semalam, Nabil Ahmad dikhabarkan mendapat rumah bertaraf kondominium Antara dekat Persiaran Gurney, Kuala Lumpur secara percuma berharga RM1 juta.

Kisahnya bermula apabila Nabil pergi untuk bertanya mengenai harga kondo itu namun pihak pemaju sanggup memberikan satu lot rumah secara percuma jika dia bersedia menjadi duta kepada syarikat perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.
Kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Namun seorang forumer memberitahu yang Nabil tidak dapat secara percuma namun mendapat diskaun untuk pembelian rumah itu. Tidak dipastikan mana satu yang benar, kalau diskaun atau percuma sekali pun, rasanya Nabil memang insan yang beruntung juga kan. :)


Tag : , , , , ,