'Kami Sudah Berbaik' - Pekin

Pada: Isnin, 28 Oktober 2013
Akhirnya teka teki status rasmi hubungan pertunangan Uqasha Senrose dengan Pekin kini terjawab apabila Sharnaaz tampil membuat penjelasan kepada Pekin sendiri.

Sebenarnya Sharnaaz dengan Uqasha rapat sebelum ini adalah untuk membuat kejutan kepada Pekin bersempena dengan ulang tahunnya yang diadakan tidak lama lagi.

Namun itulah hakikatnya, keadaan menjadi keruh apabila Pekin berfikiran negatif terhadap mereka berdua dengan menganggap Uqasha menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz. Nilah sikap egois seorang lelaki, keh keh, jangan dicontohi ok, kena periksa terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.
Saya sudah berjumpa dengan Sharnaaz semalam dan dia menjelaskan segala-galanya kepada saya. Antara dia dengan Uqasha memang tiada hubungan, saya yang keliru kerana menyangka mereka bercinta, sedangkan kedua-duanya hanya berlakon bersama.

Keakraban dua pelakon itu juga bersebab kerana mereka bersepakat untuk mengadakan kejutan sempena hari ulang tahun saya. Selepas penjelasan itu, barulah saya tahu situasi sebenar.

Saya tahu ekoran silap faham itu membuatkan banyak hati terluka. Saya silap apabila bertindak melulu. Apatah lagi apabila perkara yang sepatutnya tidak didedah (off record) disiarkan, lagilah perkara ini jadi kecoh.

Selepas bertemu Sharnaaz dan mendengar penjelasannya, saya menghubungi sendiri Uqasha dan anggap kontroversi ini sudah selesai. Kami sudah berbaik seperti biasa. ' -Pekin

Tag : , , , , , ,