Hairie Othman Merajuk? Enggan Berpolitik

Pada: Khamis, 31 Oktober 2013
Dikhabarkan yang orang kuat dalam parti PAS satu masa dahulu, Hairie Othman kini enggan lagi bergiat aktif dalam aktiviti politik seperti kempen, ceramah dan sebagainya.

Mengikut jejak langkah rakannya seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan lain-lain lagi yang masih aktif lagi dengan banyak push ke Kedai sekarang ini, Hairie kini tekad tidak mahu dikaitkan lagi dengan arena politik.

Memetik daripada portal mStar, bunyinya Hairi seperti merajuk kerana dia tidak diberikan apa-apa perhatian setelah selesai PRU13 dimana Pakatan Rakyat gagal memberikan apa-apa projek seperti yang dijanjikan.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," -Hairie

Tag : , , , , ,