Fizo Lamar Mawar di Pawagam

Pada: Rabu, 30 Oktober 2013
Memang semua orang sudah tahu yang Fizo Omar bakal  menjadi suami kepada Mawar (duta Fareeda) pada 10 November nanti yakni kurang 2 minggu dari sekarang.

Dan yang pasti persiapan ke arah itu sudah pun giat diusahakan. Namun ada yang korang tidak tahu mengenai episod sebenar bagaimana mereka diketemukan.

Melalui sisipan Kosmo! semalam, Mawar memberitahu yang Fizo melamar dia secara personal. Saat manis itu berlaku di sebuah panggung dekat  Mutiara Damansara dengan disaksikan ramai pihak / orang ketika itu termasuk juga kedua-dua ibu masing-masing. Oh memang agak sweet la kan juga.

Bahkan Mawar juga mengakui dalam usianya yang menjangkau 23 tahun ini, Fizo merupakan cinta pertama bagi dirinya. Wah, orang secantik Mawar, baru kali ini bercinta yu.

Nak lagi cerita? klik gambar dibawah untuk besarkan.


Tag : , , , , , , ,