Fiza Maki Saya Itu Fitnah - Adam

Pada: Selasa, 29 Oktober 2013
Memetik portal Kosmo! semalam, dikhabarkan yang rumahtangga Adam AF2 dengan Fiza Elite kini goyang yang juga memetik sebuah sisipan akhbar minggu lalu.

Editor berkenaan mendakwa mengetahui berita ini daripada sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu.

Antara yang terkandung dalam artikel akhbar mingguan itu tersebut menyebut Adam cemburu apabila melihat isterinya, Fiza berbual dengan bekas kekasih ketika mereka secara kebetulan bertemu di sebuah stesen minyak.

Dan diandaikan lagi oleh editor itu dengan istilah ‘perang dunia ketiga’. Tambahn sumber itu lagi, Fiza dikatakan memaki Adam kerana tidak berpuas hati dengan sikap Adam yang kuat cemburu buta itu.

Dan untuk penjelasan lanjut, wartawan Kosmo! telah menemuramah Adam sendiri untuk memperbetulkan kisah yang sebenar agar tidak berlaku persepsi negatif peminat hiburan tempatan di luar sana.
Kosmo!: Adam, sila komen mengenai dakwaan yang mengatakan rumah tangga anda kini sedang goyah?

ADAM: Apa yang terjadi antara kami (Adam dan Fiza) tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah.

Jadi, adakah benar pertelingkahan terjadi selepas Fiza bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak?

Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya (Fiza).

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan Fiza maki anda kerana sikap kuat cemburu anda?

Itu semua fitnah! Seorang isteri tidak akan buat macam itu (maki) kepada suaminya.

Apakah perasaan anda apabila cerita-cerita tidak benar mengenai anda dan isteri ditulis?

Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan.

Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca.

Apakah tanggapan mereka? Baru kahwin tetapi sudah dilanda masalah. Berita seperti ini yang saya tidak mahu.

Apakah tindakan anda selepas membaca dakwaan tersebut?

Saya mahu sumber iaitu kru penerbitan sebuah produksi baharu yang dimaksudkan penulis itu tampil ke depan. Saya mahu sumber dan penulis akhbar tersebut sama-sama tampil ke depan membuktikan kesahihan cerita yang dikeluarkan.

Adakah anda pelik bagaimana seorang kru penerbitan sebuah produksi boleh bercerita tentang rumah tangga anda? Dari mana dia peroleh cerita hal dalam rumah tangga anda?

Disebabkan itu, saya mahu mereka tampil ke depan bukti kesahihan cerita tersebut.

Tag : , , , , ,