Abby Seperti Kebudak-Budakan - Zed Zaidi

Pada: Selasa, 29 Oktober 2013
Abby Abadi memang tak sudah-sudah kalau nak kritik kerajaan dan juga selebriti yang bernaung dibawahnya. Terbaru, Abby dikatakan buat hal dengan menyatakan menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam di dalam ceramahnya dekat di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada hari Sabtu lalu.

Zed Zaidi, Presiden Seniman dan juga ahli kuat UMNO menyelar tuduhan tidak berasas Abby itu melalui portal mStar semalam. Zed menganggap Abby tidak sewajarnya mengaitkan mana-mana parti politik dalam penyebab gejala maksiat di dalam industri hiburan tanah air.
"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini? -Zed
Dan ini pula komen Anne Ngasri merangkap Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang mengenai Abby..
"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam,

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya,

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," -Anne

Tag : , , , , , ,