Raja Farah Akan Ambil Anak Angkat Jika..

Pada: Jumaat, 5 Julai 2013

Aik sama pula kisah Raja Farah ni dengan niat Datuk Siti Nurhaliza yang mahu mengambil anak angkat. Mengikut Farah dia akan menunggu tahun hadapan untuk mengandung zuriat sendiri, namun jika tidak ditakdirkan mengandung, dia akan mengambil anak angkat.

Namun hanya kini Raja Farah dan suaminya Megat Bashirun hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan anak dari zuriat mereka sendiri setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Tiada masalah dari segi kesihatan dan sebagainya, namun rezeki belum ada lagi nampaknya. Dan ini kata Raja Farah memetik portal mStar semalam...

gambar anak buah Raja Farah melalui laman Instagram miliknya
"Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.

"Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat," -Raja Farah

Tag : , , , , , , , ,