Radhi, Ayu Akan Kahwin Tahun 2014

Pada: Rabu, 17 Julai 2013
Akhirnya pasangan kekasih diantara penyanyi Radhi OAG dan kekasihnya, Nur Shahira Ayu dikhabarkan memetik portal mStar semalam yang mereka akan merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka pada tahun hadapan.

Baguslah kalau seperti itu, mana tidaknya, sudah masanya percintaan yang di bina selama 4 tahun itu akan berakhir dengan tali pernikahan yang sah.

Tambahan lagi Ayu kini sudah berubah imej kepada bertudung bermula Disember tahun lalu, dan itu adalah langkah pertamanya sebelum bergelar isteri kepada Radhi.
“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” -Ayu.

banner

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih