Natsha Hudson Tukar Nama Anak

Pada: Rabu, 3 Julai 2013
Menurut portal SinarHarian, pelakon, Natasha Hudson telah menukar naman anaknya, Naeema Taqiyyah (keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa) kepada Naeema Kalila.

Ini kerana maksud Taqiyyah setelah dirujuk oleh ustaz/ulama ianya adalah cenderung kepada makna fahaman mazhab Syiah.
"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.

"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," -Natasha Hudson
Anak Natasha lahir pada bulan April lalu dan kini sudah seusia dua bulan.

Tag : , , , , , ,