Nadem Datuk Seri Nazri Lelaki Idaman Ku - Nora Danish

Pada: Isnin, 29 Julai 2013
Dalam diam pelakon janda anak satu, Nora Danish kini sedang mengenali dan berkawan rapat dengan seorang jejaka yang juga anak kepada pak Menteri iaitu Mohammad Nadem Nazri bin Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

Bagi Nora, Nadem merupakan seorang jejaka yang telah memenuhi karekteria pasangan hidup yang sesuai buat dirinya. Namun menegaskan yang dia dan Nadem belum lagi sampai ke tahap bercinta dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Memetik daripada portal GUA, Nora mengenali Nadem selama 7 tahun!
“Sebenarnya saya dan dia tidak pernah menjalinkan atau mempunyai hubungan istimewa. Kami hanyalah rakan rapat.

“Saya sudah mengenalinya selama tujuh tahun dalam tempoh masa itu kami memang rapat dan tidak salah untuk saya berkawan dan mengenalinya. Saya juga tidak nafikan bahawa ciri-ciri lelaki yang saya idam-idamkan ada pada dirinya. Tapi itu semua masih terlalu awal bagi saya untuk bercakap mengenai soal jodoh kerana itu semua ketentuan takdir dan saya hanya menganggap dia sebagai kawan,” -Nora
Tengok gambar Nadem kat uncle Google banyak yang sosial.. :(

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih