Julie Dahlan Hidap Penyakit Buah Pinggang

Pada: Khamis, 4 Julai 2013
Baru je beberapa hari lalu anak Julie Dahlan telah diijab kabul iaitu Hanny dengan pasangannya, kali ini berita sedih bertopeng disebalik kegembiraan majlis yang penuh makna itu.

Julie Dahlan yang kini dah berusia 60 tahun menghidap penyakit buah pinggang sejak 2 bulan yang lalu menurut portal Murai. Dan kini Julie terpaksa ulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan 3 kali seminggu.

Selain itu juga Julie menghidap kencing manis dan juga darah tinggi.
"Sebenarnya saya sudah lama tidak keluar dan aktif melakukan aktiviti seni seperti dulu, lebih-lebih lagi selepas disahkan doktor menghidap penyakit buah pinggang ini. Saya dinasihatkan doctor untuk ke hospital setiap 3 kali seminggu untuk mencuci darah (rawatan dialisis) sejak menghidap penyakit ini.

"Saya memang sudah tidak sekuat dulu, malah mata pun sudah tidak berapa nampak. Doktor juga nasihatkan saya untuk berehat dan berpantang daripada makan makanan seperti makanan laut serta minum dan makan mengikut sukatan yang ditetapkan,

"Bohonglah , kalau saya kata saya tidak pernah rasa down atau sedih, tetapi saya kuatkan juga dan perlu tabah menghadapi kenyataan ini. Namun saya lebih kuat apabila punya anak-anak yang sentiasa berada disamping saya. Malah, mereka banyak beri kekuatan kepada saya," -Julie Dahlan.
Apa-apa pun kami berdoa dan berharap Julie sihat senantiasa dan tabah menharungi dugaan hidup..

Tag : , , , , , ,