Ibur Mertua Larang Betty Banafe Berpuasa! (gambar)

Pada: Jumaat, 26 Julai 2013
Orang kalau dah berbadan dua, agak sukar untuk berpuasa apatah lagi kepentingan menjaga anak dalam kandungan. Betty Banafe yang kini hamil/mengandung berusia 4 bulan hasil perkahwinannya dengan Bruce Darghous (kacukan British/Lebanon) pada 8 Disember 2012 lalu mengakui yang dia tidak berpuasa kerana mahu menjaga kesihatan anaknya itu.

Atas desakan ibu mertuanya, Betty terpaksa akur untuk tidak berpuasa. Ini Komen Betty memetik portal Murai semalam. Ketiga-tiga gambar ini adalah gambar terbaru dari Instagram bettybanafe
"Saya cuba berpuasa pada 1 Ramadan yang lalu, nyata memang besar dugaannya kerana sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luar biasa dan cepat lapar. Jadi bila buka sahaja, saya minum air dengan sangat banyak sehingga malam.

"Sebenarnya, ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula.

"Tapi, hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi perlu bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya pun tak berpuasa," -Betty

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih