Ibu Mertua Perlu Jumpa Farid Kamil Lihat Cucu!

Pada: Selasa, 30 Julai 2013
Amboi-amboi ada syarat dan kelas gitu oleh Farid Kamil kepada ibu mertuanya, Norsiah Ramli (gambar) yang juga ibu kepada Diana Danielle dengan mengatakan ada syarat jika mahu berjumpa dengan cucunya sendiri.

Hal ini disebabkan Farid merisaukan keselamatan anaknya dan juga isterinya, Diana. Ini adalah komen Farid memetik portal mStar semalam.

"Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu.

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.

"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin,"
Tidak tahu kalau mereka ni bertengkar pula, harap keadaan menjadi jernih, Syawal dah tak lama lagi, apa-apa pun redo dan restu ibu itu perlu, sebab tak selamat dunia akhirat tanpa itu.

Ini pula soal anak mereka, nama belum lagi diberikan setelah dilahirkan pada 2 Julai yang lalu.
"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.

"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

banner

Tag : , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih