Gambar Izreen Azminda Hamil 9 Bulan

Pada: Khamis, 4 Julai 2013
Wah dah semakin membesar dah usia kandungan pelakon Izreen Azminda. Melihat portal Kosmo! baru-baru ini, usia kandunganya sudah 9 bulan. Dan hanya menunggu hari sahaja lagi untuk menyambut kelahiran bayi berkenaan.
"Alhamdulilah, sepanjang hamil saya tidak mempunyai sebarang alahan dan tidak pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya masih bekerja seperti biasa kerana sudah tandatangani kontrak dan hanya berehat daripada lakonan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan,"
Mengenai jantina nya pula, Izreen suka bermain teka teki dengan memberitahu jantina anaknya itu adalah rahsia. Dan sepertinya ingin membuat kejutan untuk peminatnya nanti.
"Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain.

"Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga,"
Untuk pengetahuan, Izreen diijabkabulkan dengan suaminya, Mohammad Riza Baharuddin pada tanggal 30 Ogos 2012 yang lalu.


Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih