Dayana Tertipu! Ashraf Kenal Sakinah Ketika Bertunang!

Pada: Jumaat, 19 Julai 2013
{[["☆","★"]]}
Semalam berita pendedahan Ashraf Muslim kahwin lagi dengan Wan Sakinah Ahmad di Thailand telah menjadis satu bahan berita yang mengemparkan seluruh negara.

Dan yang pasti ramai pihak tidak berpuas hati dengan sikap Ashraf itu. Keluarga dari isteri pertama, Ashraf, Dayana pastinya adalah pihak yang sangat-sangat terkejut dan terkilan.

Mertua Ashraf, Lokman memetik portal Bharian, menyatakan yang dia terkilan dengan sikap Ashraf yang menipu Dayana yang kononya ke Thailand atas hal perniagaan, tapi rupanya 'tambah nasi' pula. Tambahan lagi, Dayana ada terjumpa tiket penerbangan Wan Sakinah di dalam beg Ashraf selepas pulang dari Thailand.
“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan.

“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana.

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,

“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.

“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” -Lokman

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih