Ashraf Muslim Buka Mulut Isu Poligami

Pada: Jumaat, 26 Julai 2013
Tak mahu ulas panjang, maka sudah ramai yang mengetahui isu Ashraf Muslim berpoligami baru-baru ini, dan ini komen dari Ashraf sendiri memetik portal Gua semalam bersempena sidang media di Medan Mara Kuala Lumpur petang semalam.

"Saya mengadakan sidang media ini kerana apabila saya mengambil pendekatan berdiam diri mengenai isu ini, timbul pelbagai spekulasi dan kata-kata yang kurang baik. Datang perkara yang menjatuhkan saya, menghina saya, menghina isteri-isteri saya. Jadi biar sidang media ini menerangkan perkara yang saya diamkan selama ini,

"Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja, begitu juga isteri-isteri saya. Saya tak mahu apa yang berlaku merosakkan hubungan kami. Saya tak mahu hubungan saya antara keluarga saya, keluarga-keluarga mertua dengan saya jadi tak baik disebabkan cakap-cakap orang,

"Sebelum saya berkahwin, saya rujuk kepada beberapa orang ustaz dan pakar kaunseling. Saya tak mahu buat keputusan melulu. Apabila saya terangkan, ada yang tidak boleh menerima. Apabila ramai orang buat spekulasi, perkara itu akan aibkan ramai orang. Jadi saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara,

"Saya tak kahwin lari. Keluarga saya dan keluarga Sakinah ada bersama ketika kami menikah di Pattalung, Thailand. Lebih 30 orang turut ke sana menyaksikan pernikahan kami. Namun begitu, isteri pertama saya, Noor Dayana tak tahu. Tapi saya tahu hatinya terluka. Saya ingin minta maaf banyak-banyak jika keputusan saya membuat hatinya sedih. Saya merancang ingin memberitahu Dayana selepas saya berkahwin di sana, tapi belum sempat saya beritahu, Dayana sudah tahu dahulu kerana dia terjumpa tiket penerbangan saya. Apa nak buat, Tuhan nak tunjuk,

"Tiada kenyataan yang keluar daripada pihak saya, pihak Dayana mahupun pihak Sakinah. Tiada sebarang pernyataan dari kami, tiba-tiba keluarnya spekulasi. Tapi itu semua perkara yang lepas. Saya minta maaf. Saya cuba selindung, tapi disebabkan saya artis, orang dapat tahu juga. Saya mahu elak, tapi tak boleh. Tapi kini semuanya dah 'okay'. Jadi saya ingin betulkan keadaan,

"Saya tak sempurna. Saya berkahwin bukan sebab zuriat, tapi saya ingin berkahwin sebab saya rasa mahu berkahwin dengan Sakinah. Kini Sakinah sedikit tertekan, dia kena kutuk dan hina. Apa yang saya pesan pada Sakinah dan pada Dayana, mereka haruslah bersabar. Mulut orang tak boleh tutup," -Ashraf Muslim

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih