Abby Abadi Selamat Jadi Isteri 9 Julai Lalu

Pada: Sabtu, 20 Julai 2013
Nah kan betul apa kata admin, bila Abby Abadi ada post gambar cincin yang dipakainya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya. Akhirnya terjawab setelah itu, Abby sudah bernikah pada 9 Julai sehari sebelum Ramadan.

Mengikut sumber, nama lelaki itu adalah Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24 tahun yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Dan yang paling mengejutkan, hanya dua minggu berkenalan, mereka memutuskan untuk berkahwin/bernikah.

Dengarnya lagi, dia orang Kelantan dan kini juga turut menguruskan perniagaan di kedai butik milik Abby. Soal resepsi pula mereka akan bercadang melakukannya pada 31 Ogos nanti bagi pihak Abby, dan seminggu pula selepas itu bagi pihak lelaki.

Abby meminta doa dari korang semua agar dia dan suami bahagia sentiasa selamanya. Tahniah!

"Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.
Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

"Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat," -Abby .mStar

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih