Raja Azmi, Eddie: Tunang Julai, Kahwin September

Pada: Isnin, 24 Jun 2013
{[["☆","★"]]}
Pengarah filem, Raja Azmi dan kekasih hatinya, Eddie yang beberapa bulan lalu tengah hangat bercinta kini dalam proses untuk bertunang sekaligus untuk berkahwin. Berita ini dikongsikan bersama oleh Raja Azmi memandangkan mereka berdua mempunyai keserasian yang begitu cocok di usia-usia mereka.

Majlis pertunangan akan berlangsung pada bulan Ramadan yakni pada 15 Julai 2013 dan manakala tarikh perkahwinan belum ditentukan kemungkinan pada bulan September 2013.
"Walaupun sudah tua, kami tetap nak buat majlis pertunangan. Apa-apa pun kena ikut adat, adat juga tak mengenal usia. Lagipun saya masih mempunyai ibu dan wali.

"Majlis pada 15 Julai nanti akan berlangsung secara sederhana selepas kedua-dua buah keluarga bertemu dan berbuka puasa bersama-sama di rumah saya." -Raja Azmi. Kosmo!

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih