Gambar Pernikahan Pierre Andre, Hidayah

Pada: Ahad, 23 Jun 2013
{[["☆","★"]]}
Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi 23 June 2013. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.

Nurhidayah (Yaya) menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Pierre menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.


Pierre memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.

Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.

-sumber MalaysianDigest | gambar BuahMulut - mycutemoment.com - KatakComel

Pierre Andre
Pierre Andre

Tag : , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih