Tunai Umrah Selepas Kahwin - Beego, Linda

Pada: Khamis, 30 Mei 2013
Berkongsi mengenai perancangan selepas kahwin, Linda dan tunangnya Beego, berhasrat untuk menunaikan umrah bersama dan jika tiada aral melintang, ia mungkin tertunai selepas Aidilfitri yakni selepas mereka bergelar suami isteri yang sah dimana majlis ijab kabulnya berlangsung pada bulan Jun nanti.
“Kalau nak cakap pasal bulan madu, kami sebenarnya tiada banyak masa sebab selepas kahwin saja sudah tiba bulan puasa, jadi waktunya agak suntuk. Kalau hendak berjalan jauh pun mungkin selepas raya. Cuma selepas berkahwin nanti, kami mungkin pergi bercuti dekat-dekat dulu, bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Selepas kahwin saya akan tetap terus berlakon. Begitupun, apabila sudah berumah tangga, kita kena ada had juga. Bagaimanapun Beego tidak menghalang saya untuk terus aktif dalam seni,” -Linda. -Bharian

Tag : , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih