Tahniah! Hattan Nikahi Semula Bekas Isteri Pertama

Pada: Jumaat, 24 Mei 2013
{[["☆","★"]]}
Dikhabarkan komposer, Datuk Hattan memetik daripada Kosmo! semalam yang dia tidak pernah serik untuk menikah lagi, dan kini Hattan dalam perancangan nak bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Abidin.

Dulu mereka bernikah pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.
Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos.

Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan.

Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan.

Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie).

Kami mahu lupakan perkara silam dan buka lembaran baharu untuk hidup bersama.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih