Nik Suryani, Saiful Bukhari Sah Suami Isteri

Pada: Sabtu, 25 Mei 2013
Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, tepat jam 3.30 petang tadi.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. -Bharian

gambar SinarHarian

Tag : , , , , , , , , ,