Nana Temui Penganti, Namanya Cikgu Alan!

Pada: Rabu, 15 Mei 2013
Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana dikhabarkan telah menemui penganti. Pengantinya bukanlah penganti kepada arwah suaminya. Namn kepada penganti penyanyi yang juga telah pergi, Achik. Ini disebabkan kebanyakkan acara, ramai peminat yang inginkan Nana menyanyikan lagu berduet dengan Achik dahulu, jadi disinilah, Nana dah temui penganti untuk bersama-sama berduet. Namanya Alan.
"Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.

"Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.

"Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi," kata Nana.
Sudah serasi dalam nyanyian, jadi harap-harap Alan dapat melamar Nana pula. Hehe.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih