Izzue Islam Kahwin Dengan Pengurusanya 2 Jun

Pada: Selasa, 7 Mei 2013
{[["☆","★"]]}
Tahniah kepada pelakon kacak Izzue Islam kerana akan bernikah pada awal bulan 2 Jun nanti di dewan yang terletak di Shah Alam dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin. Awin berkata dalam portal Murai semalam yang hubungan mereka adalah kerana atas permintaan keluarga yang melihat kearaban diantara mereka selama 5 tahun berkenalan dan bercinta.
"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," -Awin.

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih