Gambar Siti Saleha Bertudung

Pada: Rabu, 29 Mei 2013
Rancangan drama tv bersiri Memberku Hawa akan menyusul lagi dengan memberikan wajah baru dalam musim ke-2 kali ini. Dengan digandingkan bersama pelakon Nad Zainal, penampilan Siti Saleha bertudung membuatkan drama ini lebih bersinar dan berseri.

Drama Memberku Hawa Musim ke-2 ini akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.

Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Jom lihat kelibat Siti Saleha bertudung, manis juga kan. -mStar | gambar Faisol Mustafa.






Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih