Afiq Akui Bukan Anak Derhaka, Emak Mata Duitan!

Pada: Rabu, 15 Mei 2013
Hari Ahad lalu, ibu kandung kepada pelakon, Afiq Muiz telah membuat kenyataan media yang Afiq Muiz (20) sebenarnya seorang anak derhaka. Namun semalam, Afiq Muiz telah menafikan dirinya anak derhaka dan juga Eina Azman (18) menafikan yang dia menjadi punca atau kekasih kepada Afiq.

Mereka berdua membuat sidang media di Subang Parade untuk memberitahu perkara yang sebenar. Makin keliru, mana satu yang benar dan salah, hanya mereka dan Allah sahaja yang Mengetahui.
"Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa,"

"Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah,"

"Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam," luah Afiq. Baca lagi luahan Afiq di SINI
Dan ini pula kenyataan Eina..

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku,

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," luah Eina. Baca lagi luahan Eina di SINI


gambar mStar | GUA




banner

Tag : , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih