Ziana Zain Duta Safi Rania Diamond!

Pada: Khamis, 11 April 2013
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Pepatah ni dah memang popular dan terkenal apabila seseorang itu memperolehi rezeki atau nasib yang baik dalam hidupnya. Tidak ketinggalan kepada penyanyi dan pelakon, Ziana Zain yang masih lagi menyengat.

Ziana kini terpilih untuk menjadi duta produk kecantikan, Safi Rania untuk edisi 'Diamond' bukan edisi 'Gold' ok. Dengar bunyi seperti berada di kelas yang tinggi dan mewah dalam Safi Rania. Pemadanan dan pemilihan Ziana dikatakan menepati kecantikan pada dirinya dari dahulu sehinggalah sekarang.

Tag : , , , ,