Tahniah! Natasha Hudson Selamat Melahirkan Anak

Pada: Rabu, 24 April 2013
Tahniah kepada pelakon Natasha Hudson yang dikhabarkan selamat melahirkan anak perempuan aka sulung hasil perkahwinan ke-2 Natasha dengan Carleed Khaza, pada pukul 5 petang hari Isnin yang lalu di Pusat Perubatan dan Bersalin, UMRA, Shah Alam.

Menurut portal mStar, Natasha rasa bersyukur dengan proses kelahiran yang lancar dan anaknya dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang.

"Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat," -Natasha
Natasha memiliki anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama bernama Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Tag : , , , ,