Anne Ngasri Hamil 3 Bulan!

Pada: Sabtu, 27 April 2013
Tahniah kepada Anne Ngasri kerana dikhabarkan sudah hamil/mengandung anak yang berusia 3 bulan dari zuriat suami barunya, Mohd Sumali. Namun difahamkan walaupun hamil/mengadung, Anne tetap bersama-sama dengan suaminya untuk berkempen untuk PRU13 sebagai orang kuat BN/UMNO.
"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.

"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelas Anne. -Sumber
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.

Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Tag : , , , , , ,