Ammar Tuduh Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof!

Pada: Selasa, 30 April 2013
Kecoh semalam apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian menuduh Puteri Sarah ada menjalinkan hubungan mesra dengan anak jutawan Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.

Tidak diketahui kenapa Ammar bertindak sedemikian menyebarkan gosip yang tidak tahu kesahihan empunya tuan badan, Puteri Sarah. Namun salah satu sebab penting penyebaran gosip ini melalui sumber adalah kerana Puteri sering memburukan Amar ketika sidang media dan di set pengambaraan.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” -Ammar.
Dan ini pula komen Puteri melalui portal GUA..
“Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya

“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang

“Apa yang lepas tu, lepas. Saya tak mahu cakap panjang lebar kerana perkara ini tak akan selesai,” -kata Puteri

Tag : , , , , , ,