Puteri Sarah Nekad Bertudung Penuh!

Pada: Jumaat, 22 Mac 2013
Di hari yang mulia, hari Jumaat ini kita telah dapat dikhabarkan dengan satu berita baik daripada pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana. Sebelum ini dia telah belajar memakai tudung pada dirinya, namun semalam melalui portal MediaHiburan, dia telah mengesahkan untuk bertudung penuh dan untuk selamanya pada dirinya.

Akhirnya inilah yang dinantikan oleh peminat Puteri Sarah, penampilannya selepas ini sudah berbeza dengan yang dahulu.
"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih