Adibah Noor Harap Ada Jodoh Dengan Halim Othman

Pada: Jumaat, 1 Mac 2013
{[["☆","★"]]}
Wah kalau dah jodoh memang tak perlu nak kata apa lagi, mungkin ramai yang tidak menyangka yang penyanyi dan juga deejay radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak jika rakan sejawatnya, Halim Othman adalah jodohnya.

Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.

Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.

"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," -Adibah 

 

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih