Zarina An Joulie ke Mahkamah, Positif Dadah

Pada: Selasa, 12 Februari 2013
Zarina An Joulie tak sudah-sudah dengan kisah hidup kontroversinya. Yang terbaru lagi mengenai pelakon ini adalah mengikut sumber Bernama, dia dan rakan lelakinya dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majisterit Petaling Jaya baru-baru ini diatas pertuduhan positif dadah pada Disember 2012 yang lalu.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Aish Macam-macam dah..

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih